Pemain berjuang untuk Unai Emery sekarang - kami mahu memenangi perlawanan akhir untuknya.

ALEX IWOBI mengakui ianya sedikit 'aneh' dengan ketiadaan Arsene Wenger sebagai pengurus di awal musim ini, namun sekarang beliau sedia berjuang untuk Unai Emery. 



Terdapat banyak perubahan sejak Arsene Wenger meninggalkan Arsenal tahun lalu, dan digantikan oleh Unai Emery. 

Tidak ramai yang merasai perbezaan itu kecuali Alex Iwobi, yang menghabiskan seluruh hidupnya bersama Wenger ketika bertanggungjawab ke atas kelab.

Iwobi menyertai Arsenal semenjak kecil lagi (diusia 8 tahun), sehingga berjaya mewakili pasukan utama, sudah begitu sebati dengan falsafah Wenger yang menentukan corak dan cara pasukan bermain serta apa yang ditagih secara individu bersama pasukan.

Namun, kini ianya cukup berbeza dengan Emery mengemudikan skuad The Gunners.

"Saya tidak boleh berbohong, ia agak pelik [pada mulanya] kerana saya berkembang ke dalam sistem yang bermain di bawah Arsene Wenger dan itu semua saya tahu," kata Iwobi via Complete Sports

"Dia (Unai Emery) bercakap dengan saya dan berkata apa idea yang dia ada untuk saya. Saya telah dibawa menyertai mereka dan telah bermain dalam banyak perlawanan, dan dia telah menunjukkan banyak kepercayaan kepada saya.

"Anda dapat melihat semua orang sedang berjuang, bukan hanya untuk kita, tetapi untuknya. Beliau mempunyai chemistry yang baik dengan pemain dan anda dapat melihat bahawa masanya di sini. 

"Untuk membawa kita ke perlawanan akhir, dia mempunyai taktik yang betul dan pemain yang tepat pada masa yang tepat. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan akhir untuk dia juga. "


Terdapat perbezaan pendapat mengenai prestasi Emey pada tahun pertamanya di kelab barunya itu. 



Di satu pihak, beliau gagal mencapai matlamat dalam menempatkan pasukan dikalangan empat teratas dan melepaskan peluang terbaik untuk beraksi di kejohanan tertinggi kelab Eropah musim depan, Liga Juara-Juara. 

Di pihak yang lain, Emery telah berjaya membawa Arsenal layak ke pentas final Eropah buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun dan masih boleh melayakkan diri untuk ke Liga Juara-Juara musim depan, seandainya muncul juara.

Penjelasan Iwobi itu sangat menarik dan melegakan namun musim lalu ianya juga kedengaran sama apabila pemain berjuang untuk mengangkat trofi (Liga Europa) untuk Wenger yang berada ditahun akhirnya bersama Arsenal.

Namun Arsenal sekadar menamatkan saingan di peringkat Separuh Akhir, apabila tewas kepada Atletico Madrid, 2-1 secara aggerate.

Diharapkan musim ini ianya adalah berbeza dan pemain-pemain berjuang sebaik mungkin, bukan kerana Emery sahaja.

Kerana peminat dan penyokong juga lebih terdesak untuk melihat Arsenal menjulang trofi kemenangan... trofi kejuaraan lebih daripada Emery.

Semoga berjaya Gunners! #COYG


Post a Comment

Previous Post Next Post