Jelas Azerbaijan tidak ikhlas dan hanya bersandiwara

AZERBAIJAN menjadi tuan rumah bagi aksi final Liga Europa 2019 dan Baku, ibu negara yang juga merupakan bandar terbesar negara itu menjadi destinasi pertembungan Arsenal dan Chelsea bagi merebut mahkota kejuraan kali ini.



Pemilihan negara tersebut mencetuskan kontroversi kerana hubungan diplomatik bersama jirannya, Armenia yang masih bergolak disamping masalah logistik yang menyukarkan penyokong Arsenal dan Chelsea menghadiri perlawanan tersebut.

Namun yang menjadi tajuk utama ataupun perhatian umum adalah mengenai keselamatan pemain dan pasukan yang memiliki pemain terdiri daripada rakyat Armenia.

Walaupun sebelum ini pihak FA Azerbaijan memberi jaminan mengenai keselamatan pemain Arsenal yang berketurunan Armenia, Mkhitaryan namun, ianya bagaikan 'melepaskan batuk ditangga'.


Arsenal dan Micki telah melakukan keputusan tepat apabila tidak menyenaraikan dan membawa pemain Armenia itu walaupun diberikan jaminan keselamatan.

Dalam perkembangan terkini, penyokong The Gunners telah ditahan kerana memakai jersi tertera nama Mkhitaryan.




Bayangkanlah jika Micki turut sama menyertai skuad Emery ke Baku, pastinya mencetuskan 'huru-hara' yang lebih dasyat.

Ini baru penyokong yang memakai jersi tertera nama pemain Armenia, belum lagi pemain itu sendiri yang berada di Baku.

Jaminan yang diberikan FA Azerbaijan jelas tidak bermakna sebenarnya.

Pihak UEFA juga bagaikan tidak membantu apabila turut mengenakan larangan kepada Arsenal dan penyokong mereka apabila tidak membenarkan mana-mana pemain memakai jersi, kit atapun baju tertera nama Mkhitaryan.

BACA: UEFA kenakan larangan kepada Arsenal.

Dan penyokong pula dilarang sama sekali mencetuskan provokasi sama ada menggunakan 'banner' ataupun tifo.

Namun tindakan penyokong Arsenal yang menghadiri ke bandar tersebut bagi perlawanan akhir itu dengan memakai jersi Mkhitaryan dan ditahan pihak berluasa negara itu jelas tidak mencerminkan jaminan keselamatan yang diberikan mereka (FA Azerbaijan) sebelum ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post