2 bekas kapten Arsenal dan seorang bekas kapten Liverpool merupakan calon pengurus Newcastle.

LIVERPOOL bakal menggantikan Liverpool di Newcastle.


Begitulah boleh diibaratkan situasi yang akan berlaku di Newcastle bagi pengganti pengurus baharu mereka apabila bekas pemain menjadi calon utama untuk menggantikan bekas pengurus Liverpool di St. James' Park.

Rafael Benitez pernah membimbing Liverpool daripada tahun 2004 sehingga 2010, manakala Steven Gerrard pula merupakan pemain yang mewakili pasukan tersebut dari tahun 1998 sehingga 2015.

Gerrard juga merupakan produk kelahiran akademi Liverpool dan pernah menerima tunjuk ajar daripada Benitez ketika bekas pengendali Newcastle itu mengemudikan kelab tersebut.

Dalam perkembangan perlantikan pengurus baharu, Steven Gerrard yang merupakan pengurus pasukan Rangers, dilaporkan berada dalam senarai teratas untuk menggantikan Rafael Benitez selaku pengurus baharu Newcastle.

Benitez akan meninggalkan kelab itu secara rasmi hujung minggu ini selepas berakhirnya kontrak beliau pada 30 Jun.

Selain Gerrard, calon lain adalah termasuk Laurent Blanc, Claudio Ranieri dan Giovanni van Bronckhorst yang berada dalam senarai calon untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Benitez.

Selain itu, bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut dikaitkan namun amat sukar untuk beliau menerima jawatan tersebut setelah meninggalkan Emirates serta seteru beliau, Jose Mounrinho pula secara terbuka memberitahu, bahawa dia tidak berminat untuk mengendalikan pasukan itu.

Namun dalam perkembangan terkini dan menurut Telegraph, selain Gerrard, dua pemain yang merupakan bekas kapten Arsenal iaitu Patrick Vieira dan Mikel Arteta merupakan antara senarai pendek calon yang bakal mengemudikan The Magpies musim depan.



Pun begitu, legenda Liverpool itu sebelum ini menegaskan bahawa dia gembira untuk terus berada di Glasgow dan tidak sabar untuk memulakan kempen musim hadapan bagi menyaingi Celtic.

“Saya gembira mengendalikan Rangers dan fokus saya adalah untuk memulakan musim hadapan.

“Sama seperti saya bergelar pemain. Saya meminta pemain untuk kekal fokus.

“Saya sangat bernasib baik kerana diberikan peluan ini 12 bulan lalu dan tiada apa dapat mengubah pemikiran saya ketika ini.

“Saya gembira menjadi pengurus Rangers. Saya sedang menguruskan salah satu kelab terkemuka dunia dan tiada apa yang boleh mengubah fokus saya ketika ini,” kata Gerrard.

Newcastle sebelum ini telah bercakap dengan Vieira, menemuduga bekas pemain Arsenal itu untuk tugas tersebut sebelum pelantikan Steve McClaren pada musim panas tahun 2015. 

Pihak pengurusan Newcastle dilaporkan kagum dengan Vieira dan bekas pemain Arsenal itu masih berada di radar mereka semenjak itu.

Dan menurut Telegraph, mereka difahamkan bahawa Vieira tidak mempunyai rancangan untuk berhijrah ketika ini namun tidak menolak sebarang kemungkinan menyertai mereka.

Begitu juga dengan Arteta yang dilaporkan berminat untuk jawatan tersebut namun sumber terdekat dengan pembantu Pep itu mendedahkan dimana terdapat keraguan yang tinggi untuk Arteta menyertai mereka (Newcastle).

Post a Comment

Previous Post Next Post