Liverpool berjaya mengikat pertahanan muda sedang meningkat, Sepp van den Berg dari kelab Belanda, PEC Zwolle.

Pertahanan tengah Belanda berusia 17 tahun itu mengikat kontrak jangka panjang dan bersedia untuk bergandingan dengan rakan senegara yang juga dianggap idolanya, Virgil van Dijk.

“Liverpool antara kelab terbesar di dunia dan perjanjian ini ibarat mimpi menjadi nyata.

“Saya sudah melihat bagaimana mereka mengembangkan karier pemain muda, jadi saya tidak sabar untuk beraksi.

“Jurulatih (Jurgen Klopp) seorang yang hebat dan kunci di sebalik kejayaan kelab, antara sebab saya saya datang ke sini,” katanya kepada Liverpoolfc.com.

Post a Comment

Previous Post Next Post