Dakwaan Arsenal untuk menjual Torreira dijelaskan selepas tawaran dianggap terlalu rendah.

SELEPAS satu musim di Arsenal, Lucas Torreira telah berulang kali dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan sepanjang minggu lalu.


Pemain tengah itu beraksi bersama Uruguay untuk Copa America 2019 dan ketika bercakap kepada wartawan pada hari Rabu, pemain berusia 23 tahun itu menegaskan bahawa dia gembira menjadi sebahagian dari Arsenal.

Kenyataan itu dikeluarkan Torreira ketika ditanya wartawan pada sidang media sebagaimana dilaporkan wartawan Uruguay, Juan Pablo Romero.

"I trained normally, I feel better. I'm gradually regaining my fitness, I lost three kilos. I think I'm going to get to the game very well. I have no knowledge of Milan's interest, no one has called me. I'm happy to be a part of Arsenal."


Dan malam tadi, Tutto Mercato Web (TMW) melaporkan perkembangan terkini mengenai pemain antarabangsa Uruguay itu dan mereka menyatakan dia tidak meminta untuk meninggalkan The Gunners setakat ini.

Di pihak The Gunners pula, mereka dikatakan menuntut sebanyak €50 juta (kira-kira £45 juta) untuk melepaskan bekas pemain Sampdoria itu.

Walau bagaimanapun, Milan telah membuat tawaran sebanyak €5 juta bagi perjanjian pinjaman selama dua tahun dan kemudian membuat perpindahannya kekal.
Tawaran itu dianggap 'terlalu rendah' ​​oleh pihak Unai Emery kerana mereka mahukan €50 juta, bagi menampung perbelanjaan bagi membawa pemain tengah Real Betis, Giovani Lo Celso dan Dani Ceballos dari Real Madrid.

Giovani Lo Celso, 23 tahun merupakan pemain kelahiran Argentina yang beraksi bersama Real Betis pada bahagian tengah.
Dani Ceballos, 22 tahun pemain kelahiran Sepanyol yang beraksi bersama Real Madri pada posisi tengah.
Dengan Aaron Ramsey meninggalkan Arsenal sebagai ejen bebas dan Torreira pula menegaskan untuk kekal, laporan tersebut menyatakan salah seorang, Lo Celso atau Ceballos 'boleh' tiba di Emirates.


Bagaimanapun, TMW tidak mendedah sebarang info mengenai nilai ataupun yuran perpindahan berpotensi untuk salah seorang pemain tersebut dan juga, mereka tidak menerangkan bagaimana Arsenal akan memperolehi dana bagi membiayai perpindahan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post