AC Milan bagaikan menghina Arsenal berhubung perpindahan Torreira.

BAGAIKAN menghina Arsenal, tawaran yang dikemukan AC Milan untuk mendapatkan pemain tengah The Gunners, Lucas Torreira amat melucukan.



Selepas heboh mengenai Torreira dikatakan tidak gembira berada di London, masa depan pemain tersebut terus diperkatakan.

Torreira membuat pendedahan dimana beliau tidak 'menyukai' kehidupan di London berbanding di Itali dimana beliau beraksi untuk Sampdoria sebelum menyertai Arsenal musim lalu.


Dan AC Milan bagaikan mengambil kesempatan dan dilaporkan telah membuat tawaran bagi mendapatkan Torreira.

Pemain Uruguay berusia 23 tahun dibawa ke Emirates awal musim lalu dengan nilai perpindahan sebanyak £26 juta dan berjaya menambat hati peminat dan penyokong Arsenal.

Bagaimanapun, tindakan AC Milan yang membuat tawaran untuk mendapatkan pemain tersebut bagaikan menghina Arsenal.

Umum mengetahui dimana dana perpindahan Arsenal tidak sehebat pasukan elit Inggeris yang lain dimana Emery hanya dibekalkan £40 juta sahaja untuk membeli pemain baru pada jendela perpindahan kali ini.

Dan AC Milan dilaporkan telah menawarkan sejumlah €8 juta (£7.16 juta) sebagai pendahuluan dengan tempoh dua tahun pinjaman untuk mendapatkan pemain itu.

Malahan ianya turut mengatakan dimana AC Milan mempunyai pilihan untuk membeli Lucas Torreira dipenghujung kontrak (pinjaman) dengan nilai €38 juta (£34 juta) yang dibayar dalam satu ansuran.

Menurut Sportitalia, Torreira memberitahu pihak pengurusan Arsenal bahawa beliau tidak gembira di England dan mahu kembali ke Serie A dengan AC Milan.

Torreira merupakan salah seorang pemain yang menjadi sasaran utama AC Milan pada jendela perpindahan musim panas ini kerana dia dikehendaki oleh pengurus baru kelab Itali itu, Marco Giampaolo, yang pernah bekerja dengan pemain tengah Arsenal itu ketika di Sampdoria. 

Bagi penulis, tawaran AC Milan yang diketuai oleh bekas CEO Arsenal, Ivan Gazidis bagaikan menghina Arsenal dan ianya kelihatan sangat melucukan.

Dengan tempoh pinjaman dua tahun, pendahuluan €8 juta (£7.16 juta) apalah sangat yang dapat dibuat oleh Emery.

Tambahan 7 juta untuk mencari pemain baru dan pada masa yang sama kehilangan seorang pemain, sudah tentu ianya amat tidak berbaloi.

Lainlah jika kekalkan Torreira dan dapatkan pemain baru ataupun jual Elneny sahaja kerana pemain Mesir itu sangat jarang digunakan Emery.

Sebelum ini, The Gunners telah kehilangan bintang ternama, Aaron Ramsey kepada Juventus tanpa menerima sebarang hasil (perpindahan percuma).

Dan tindakan Milan nyata menghina Arsenal yang terdesak mencari dana untuk pembelian pemain baru bagi mengukuhkan pasukan.

Dah la nak pinjam, tempoh dua tahun pulak tu..harga macam hanat.

Awal bulan ini, Torreira menyatakan bahawa beliau bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di England dan membayangkan dirinya akan terbuka untuk kembali ke Serie A. 

"Saya fikir ia lebih baik di Itali. England adalah dunia yang sangat berbeza, sebuah negara yang sangat besar, "kata Torreira.

"Bahasa (penghalang) telah membebankan saya, untuk dapat berhubung dengan rakan-rakan saya dan orang-orang disekeliling. Ia sangat sukar apabila anda tidak boleh berdialog." 

"Begitu juga iklimnya. Anda keluar pada waktu pagi dan ia adalah berawan (mendung), anda tiba lewat ke rumah anda dan ia masih berawan. 

Walaupun beliau mengatakan bahawa beliau mengalami kesukaran, namun beliau juga menegaskan bahawa beliau cuba berusaha menyesuaikan  diri dengan persekitaran London.

Dan sekali lagi ianya amat melucukan juga sekiranya Emery menerima tawaran tersebut kerana dana yang diberikan pihak pengurusan adalah sebanyak £40 juta dan melepaskan Torreira kepada AC Milan (dengan tawaran tersebut) tidak banyak menguntungkan beliau kerana ianya bagaikan tidak memberi kesan (dana perpindahan) serta merta.

Post a Comment

Previous Post Next Post