BINTANG Brazil, Neymar bersedia gajinya dipotong sebanyak 12 juta euro demi meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) , menurut laporan media Sepanyol.



Pemain termahal yang beraksi untuk PSG itu dilaporkan bersetuju dalam ‘perjanjian lisan’ yang telah dicapai antara beliau bersama Barcelona untuk kembali ke kelab tersebut dan sanggup menerima potongan gaji.

Jumlah potongan tersebut jika ditukarkan kepada matawang Malaysia ianya berjumlah sebanyak 59 juta dan pengurangan tersebut adalah untuk gaji yang diterimanya semusim, pengurangan 12 juta euro semusim.
Bagaimanpun, pihak PSG belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk berhubung perkembangan ini sama ada sedia menjual bintangnya itu yang dibeli dengan nilai memecah rekod dunia, 222 juta euro (kira-kira 1.4 bilion ringgit Malaysia) dari Barca, dua tahun lalu.

Laporan Sport mengenai Neymar yang bersetuju kembali ke Barca.


Neymar dilaporkan terdesak untuk kembali ke Sepanyol dan Barcelona bersedia untuk membawanya pulang dengan akhbar, Diario Sport mendakwa kontrak perjanjian selama lima tahun sudah pun dimeterai, malahan akhabar Inggeris turut melaporkan perkara sama.
Menurut Diario Sport, mereka mendedahkan dimana antara terma adalah termasuk Neymar mengurangkan gajinya 36 juta euro yang diperolehnya di PSG kepada 24 juta euro, sama seperti yang diperolehnya ketika berada di Barca pada 2017.

Antara syarat lain yang dikatakan terkandung dalam tawaran ataupun persetujuan tersebut adalah menggugurkan kes mahkamah membabitkan tuntutan berjumlah 26 juta euro terhadap kelab Catalan itu.


Akhbar sukan Barcelona, Mundo Deportivo turut melaporkan Neymar juga perlu membuat permohonan maaf kepada peminat ekoran tingkah lakunya sewaktu meninggalkan kelab itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post