Maguire tidak ingin sertai Manchester United sebaliknya mahu bersama Manchester City.

HARRY Maguire semakin hampir mengesahkan rekod perpindahan dunia sebanyak £80 juta.


Selepas menolak tawaran Manchester United, beliau dikhabarkan semakin hampir menyertai Manchester City menurut laporan.

Pemain pertahanan Leicester itu dilaporkan sudah bersetuju dengan kontrak ditawarkan City yang menyaksikannya beliau akan menerima gaji sebanyak £280,000 seminggu bersama Citizens.

Seandainya perpindahan berlaku, ini bermakna Maguire akan mengatasi rekod pemain pertahanan termahal di dunia dipegang oleh pemain Liverpool dari Belanda, Virgin van Dijk.

Maguire menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Leicester pada September lalu, mengakui kandungan kontrak ditawarkan oleh City sukar untuk ditolak walaupun tiada paksaan dalam rundingan dijalankan.


Keputusan Maguire itu jelas memberi tamparan hebat kepada pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang mahu membentuk semula pasukan beliau selepas meletakkan pemain tersebut sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bagi Manchester City pula, usaha mendapatkan khidmat Maguire bakal mengukuhkan lagi mereka selepas kelab itu juga akan membawa masuk pemain tengah Atletico Madrid, Rodri dengan nilai perpindahan £62 juta.

Rodrigo Hernández Cascante pemain tengah  (cm) Atletico Madrid berusia 23 tahun.
Namun usaha City itu bakal digugat gergasi Jerman, Bayern Munich yang turut dilaporkan sedia menebus kontrak pelepasan pemain itu yang berjumlah €70 juta (£62 juta.)

The thing is, it’s not quite done yet and partly the complications are because Bayern Munich have entered into the race to sign him - although our information is that the deal has been agreed personally with Rodri and his representatives. However, Bayern are probably looking to try and hijack that.
-- Daily Star.

Untuk rekod, City pernah mencipta rekod pembelian pemain pertahanan termahal apabila menandatangani Aymeric Laporte daripada Monaco pada Januari 2018 dengan nilai perpindahan sebanyak £57 juta.

City juga turut menandatangani seorang lagi pemain pertahanan Monaco, Benjamin Mendy dengan nilai perpindahan sebanyak £52 juta yang dibuat pada Julai 2017.

Dan sebelum itu, City mencipta rekod apabila menandatangani pemain pertahanan Inggeris termahal dalam rekod bolasepak Inggeris dengan menandatangani Kyle Walker daripada Tottenham dengan nilai  £50 juta.

Namun kesemua rekod tersebut dipecahkan Liverpool apabila menandatangani Virgin van Dijk daripada Southampton dengan nilai  £75 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post