AC Milan dilarang sertai saingan bolasepak Eropah

AC Milan dilarang menyertai saingan bola sepak Eropah musim depan kerana melanggar peraturan kewangan yang adil (FFP), umum mahkamah utama sukan, CAS.

Badan induk bolasepak Eropah, UEFA mendakwa kelab itu melanggar peraturan kewangan (FFP) sejak tiga musim lalu dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memihak kepada mereka.

“AC Milan dikecualikan daripada kejohanan kelab UEFA untuk musim 2019/2020 kerana melanggar peraturan FFP sejak tiga musim lalu,” kata mahkamah berkenaan.

UEFA sebelum ini mendapati gergasi Itali itu yang layak ke Liga Europa musim depan, bersalah pada Jun kerana melanggar peraturan kewangan yang mengehadkan kelab itu berbelanja mengikut pendapatan pada tahun berkenaan.

Begitupun CAS merujuk kembali hukuman UEFA bahawa penggantungan pada peringkat Eropah adalah tidak seimbang.


Akhirnya, tindakan UEFA terhadap kelab itu digantung sehingga menunggu keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini selepas persetujuan antara UEFA, kelab itu dan CAS.

Sementara itu, Presiden AC Milan, Paolo Scaroni mengakui ia sangat mengecewakan selepas pasukannya tidak dapat beraksi dalam sainga Liga Europa musim depan disahkan.

"Kita tidak boleh mengulas mengenai hukuman," kata Scaroni kepada Sky Sport Italia.

"Sangat mengecewakan untuk tidak bermain di Eropah, tetapi kami tidak bertanggungjawab terhadap pelanggaran ini. Kami hanya perlu mengakhiri cerita ini dan memikul bebanan ini."

Perkembangan ini akan menyaksikan Torino akan mengambil tempat Milan di Liga Europa musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post