Klopp diberikan had sehingga 20 juta sahaja untuk dibelanjakan.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp diberikan had sehingga £20 juta sahaja untuk mendapatkan penyerang baharu yang boleh digandingkan dengan Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Dua bintang Reds itu berkongsi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris bersama penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang selepas meledak 22 gol.

Menurut Metro, Liverpool dilaporkan sedang mencari beberapa pemain dalam pasaran perpindahan bagi memastikan pasukan itu memiliki barisan simpanan berkualiti bagi menghadapi musim baharu.
Liverpool sebelum ini menolak spekulasi bahawa mereka berminat menandatangani pemain sayap Lille, Nicolas Pepe pada harga £70 juta.
Mereka sebaliknya lebih berminat mencari pemain serba boleh pada harga sederhana seperti yang dilakukan ketika membawa masuk Xherdan Shaqiri dari Stoke City pada harga hanya £13.5 juta musim lalu.

Biarpun lebih banyak memanaskan bangku simpanan dan hanya membuat 38 penampilan dalam semua pertandingan, Shaqiri, 27, memainkan peranan besar dalam beberapa perlawanan penting.

Malah, dia antara tonggak yang membantu Liverpool merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara, selain naib juara Liga Perdana Inggeris.

Post a Comment

Previous Post Next Post