Arsenal berminat dengan pemain sayap Monaco berusia 24 tahun, pilihan menarik buat The Gunners.

MENURUT Le10Sport, pemain sayap AS Monaco, Keita Balde muncul sebagai sasaran terkini The Gunners.



Pemain antarabangsa Senegal itu akan kembali ke Perancis selepas Inter Milan menganggap pilihan  sebanyak €34 juta (£30 juta) sebagai yuran untuk membeli pemain itu terlalu mahal.

Pemain sayap itu juga tidak mungkin menerima peluang di kelabnya, Monaco dan ini membuatkan laporan itu mengatakan bahawa 'perpisahan' mungkin terjadi diantara pemain itu dengan kelab Perancis.
Hasilnya, The Gunners kini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Keita bagi meningkatkan jentera serangan pada musim depan.

Karier bolasepak Keita Balde

Keita Balde Diao, 24 tahun menyertai AS Monaco dalam perpindahan berjumlah €30 juta dari Lazio pada 2017.


Menikmati kempen debut yang baik dalam saingan teratas liga Perancis dimana dia telah merekodkan 11 bantuan gol dan lapan gol dalam 24 perlawanan, namun sayangnya, prestasi cemerlang beliau terbantut ekoran kecederaan (hamstring) yang membuatkan beliau berehat selama dua bulan.

Dan setelah ketibaan Aleksandr Golovin, dia kemudiannya dipinjamkan ke Inter Milan pada musim panas lalu.


Di San Siro, dia juga berjaya memulakan kempen dengan prestasi yang baik, namun sekali lagi kecederaan menghalang beliau untuk meneruskan kecemerlangan apabila terlepas tujuh perlawanan musim lalu.

Bersama Inter Milan, beliau berjaya menghasilkan lima gol dan tiga bantuan gol dalam 30 penampilan secara keseluruhan.

PERSOALAN

Mampukah Arsenal mengeluarkan belanja sebanyak €34 juta (£30 juta) kerana nilai tersebut merupakan jumlah yang perlu dibayar Inter Milan kepada Monaco bagi mendapatkan pemain pinjaman mereka itu.


Post a Comment

Previous Post Next Post