Adakah Arsenal begitu terdesak mahukan Carrasco dan adakah Iwobi tidak setanding beliau?

MUSIM suram Arsenal berterusan walaupun berada dipentas final Liga Europa tahun ini.



Selepas kehilangan tempat untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) bagi musim ketiga berturut-turut, Unai Emery mempunyai tugas berat dalam membina semula skuad Arsenal untuk kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni selain layak beraksi di kejohanan tertinggi kelab bolasepak Eropah musim depan.

Dan tidak keterlaluan untuk mengatakan Emery memerlukan wajah baru dan pengambilan pemain yang benar-benar bersesuaian dengan taktikal dan teknikal beliau, lebih-lebih lagi pemain dalam kedudukan penting, salah satunya pemain di bahagian sayap.

Musim lalu, The Gunner hanya memiliki Alex Iwobi selaku pemain sayap semula jadi menyebabkan penggiliran pemain antara Henrikh Mkhitaryan, Sead Kolasinac dan Pierre-Emerick Aubameyang sering kali digunakan Emery bersesuaian dengan formasi dan taktikal beliau ketika itu.

*Maafkan penulis jika tersilap.

BBC Sport pada bulan Januari lalu melaporkan bahawa tawaran The Gunners telah ditolak untuk mendapatkan bekas pemain Atletico Madrid, Yannick Carrasco dan khabar angin itu terus disebarkan setelah pemain sayap tersebut mengakui bahawa beliau bersedia untuk kembali ke Eropah dan lebih teruja untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris.



Carrasco adalah seorang pemain yang Arsenal mahukan, tetapi bagaimana perbandingan  pemain antarabangsa Belgium itu jika dibandingkan dengan Iwobi.

Perbandingan mengikut musim terakhir liga terkini yang kedua-dua pemain ini beraksi mengikut statistik WhoScored?

Kategori Iwobi Carrasco
Age 23 years old
(03-05-1996)
25 years old
(04-09-1993)
Games 22(13) 10
Minutes played 1976 900
Goal 3 7
Total assists 6 2
Pass success 77.8% 75%
Key passes per game 1.1 1.8
Shots per game 1 4.7
Dribbles per game 1.3 4.7
Fouled per game 0.4 3.1
Offsides per game 0.1 0.3
Bad control per game 2 2.9
Rating 6.62 7.96



Tidak dapat dinafikan bahawa Iwobi mempunyai musim terbaik bersama Arsenal manakala Carrasco pula mempunyai kelebihan dalam majoriti kategori, walaupun dalam liga yang jauh lebih rendah  dari segi kualitinya berbanding liga yang diharungi Iwobi.

Walaupun hanya beraksi 10 perlawanan sahaja setakat ini bersama  Dalian Yifang dalam saingan Liga Super China, namun beliau telah menjaringkan melebihi dua kali ganda daripada yang dilakukan Iwobi.

Dari segi serangan, Carrasco dilihat lebih berbisa berbanding Iwobi (dengan mengabaikan tahap liga yang dimainkan mereka) dengan lebih banyak menghasilkan jumlah percubaan serta hantaran berbisa.

Namun jika diambil kira dari segi kesilapan, Iwobi dilihat lebih berkesan apabila mencatatkan lebih rendah (kurang) daripada pemain yang dikatakan menjadi sasaran Unai Emery itu.

Dan secara kasarnya juga, Iwobi juga jauh lebih baik jika dibandingkan dengan bintang Belgium itu, memandangkan tahap kompetitif liga yang dimainkan oleh produk Hale End (akademi Arsenal) ini.

Adakah anda merasakan Carrasco mampu mengubah Arsenal bersama taktikal Emery dan adakah Iwobi tidak setanding pemain Dailang Yifang?

Post a Comment

Previous Post Next Post