Pemain muda jadi buruan Arsenal dan Crystal Palace

JANUARI lalu, Manchester City dilaporkan telah meminta maklumat mengenai Bilel Hassaini, pemain berusia 18 tahun dari AS Nancy Lorraine di Perancis.

Menghadapi saingan seperti Atlético Madrid, Valencia dan Barcelona, ​​Citizens adalah antara golongan elit Eropah yang menumpukan perhatian terhadap pemain muda berpotensi ini namun hanya kelab dari Liga Perdana Inggeris itu sahaja yang dilaporkan telah membuat langkah pertama bagi mendapatkan Bilel Hassaini.

Foot Mercato, yang mengumumkan minat dari juara Liga Perdana pada mulanya kini mendakwa Arsenal dan Crystal Palace telah membuat tawaran untuk pemain sayap itu.

Bilel Hassaini, 18 tahun pernah mewakili skuad B17 Perancis dan dilaporkan enggan menandatangani kontrak profesional bersama Nancy, yang seterusnya membawa kepada banyak khabar angin mengenai masa depannya itu dan juga dikatakan banyak menerima tawaran dari luar negara.

Laman web Perancis itu menjelaskan bahawa The Gunners mahukan beliau untuk bersama skuad B23 Arsenal, di mana pemain itu akan mengambil bahagian dalam Liga Remaja (Youth League), manakala The Eagles gembira untuk meletakkannya terus ke skuad utama mereka.

Jelas hala tuju berbeza ditawarkan oleh kedua-dua pasukan itu terhadap Hassaini.

Malangnya untuk kedua-dua pasukan, Arsenal dan Crystal Palace, keutamaan Hassaini dikatakan adalah untuk berpindah ke Paris Saint-Germain, yang telah membawa presiden Nancy untuk menghubungi kelab ibu negara Perancis itu secara langsung untuk mencuba dan mendapatkan kesepakatan perpindahan sebelum 1 Julai.

Sekiranya perpindahan itu berlaku, kelab Perancis itu akan menerima €300k sebagai pembayaran  pampasan bagi pembangunan dan latihan pemain muda itu.

Mungkin sudah tiba masanya bagi Arsenal dan Palace untuk menaikkan tawaran mereka terhadap Nancy dan cuba untuk lebih meyakinkan pemain muda itu mengenai hala tuju yang bakal diberikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post