Drama terbaru Yannick Carrasco dan Arsenal hanya menunggu dengan penuh harapan.

PEMAIN cuba memaksa kelab melepaskan dirinya, drama bermula dan Arsenal seolah-olah menunggu dengan tangan terbuka.



Akhbar Belgium, HLN telah menemui beberapa petikan yang sangat menarik dari pemain Dalian Yifang mengenai Yannick Carrasco.

Bekas penyerang Atletico Madrid itu tidak merahsiakan mengenai keinginannya untuk meninggalkan bolasepak China. 

Beliau berbuat demikian pada jendela perpindahan Januari dan telah bercakap berulang kali tentang harapannya sejak itu.


Arsenal pula dikaitkan dengan pemain ini semenjak jendela perpindahan musim sejuk dan ianya terus diperkatakan sehingga ini, malahan ianya semakin kuat (diperkatakan).

Lebih kurang seminggu yang lalu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa persetujuan dengan pemain itu telahpun dicapai bagi terma peribadi bersama The Gunners dan perpindahan itu sangat berpotensi, hanya menantikan persetujuan daripada majikan pemain itu mengenai bayaran perpindahan sahaja.



Komen-komen daripada penjaga gol Dalian Yifang, Yu Ziqian dibuat di media sosial dan beliau dipetik oleh HLN sebagai berkata:

"Sejak anda kembali, anda tidak bergerak dalam latihan. Semasa perlawanan, dalam skuad anda berdiri di sana sedikit demi sedikit. Anda tidak menyerang, anda juga tidak boleh mempertahankan (bertahan). Atmosfera dalam latihan benar-benar hancur.

"Tidak kira betapa pentingnya seorang pemain, dia tidak boleh meletakkan dirinya lebih tinggi dari pasukan. Apabila kami bermain menentang Shanghai Shenhua, anda sengaja mengambil kad kuning keempat anda supaya anda digantung perlawanan menentang Shanghai SIPG dan boleh kembali ke Eropah lebih awal.

"Anda memberitahu kelab bahawa kapal terbang anda telah ditangguhkan, tetapi jika anda kembali sehari sebelumnya, bagaimana anda terlambat?"

Minat dari Arsenal dan Bayern Munich sekali lagi dirujuk, dan kelab London akan menunggu dengan tangan terbuka untuk menandatanganinya yang mereka harapkan nilai perpindahan mungkin dikurangkan.

Ini berikutan, setelah rakan-rakan pasukan Carrasco dan termasuk jurulatih kelab China itu mengeluarkan kenyataan yang tidak begitu menyenangi pemain tersebut.

Malahan Carrasco juga didenda ekoran gagal muncul bersama pasukan dalam sesi latihan.




Mungkin ada masalah di hadapan.

Pengerusi kelab, Choi Kang-Hee mengesahkan perkara ini dan menganggap sikap tidak profesional Yannick Carrasco sebagai tidak boleh diterima.

Carrasco seolah-olah mengugut kelab untuk menunaikan janji yang tidak pernah dijanjikan oleh kelab kepada beliau.

Namun Kang Hee menegaskan mereka tidak berjanji untuk melepaskan Carrasco ke Eropah pada jendela perpindahan kali ini.

Mereka hanya berjanji jika Carrasco membantu mereka mencapai beberapa kejayaan dalam musim ini, mereka sedia melepaskan beliau ke Eropah, namun tiada sebarang komitmen mahupun jaminan berkenaan perkara tersebut.


Jelas Dalian kelihatan tidak mahu tunduk kepada desakan Carrasco dan pemain itu sememangnya perlu akur serta berunding secara baik dengan menggunakan ejen beliau untuk melembutkan pihak  Choi Kang-Hee.

Bukan kerana harga jualan (harga yang rendah) menjadi isu, kerana ianya tidak mustahil untuk pihak Dailan mampu membuat hidupnya merana dengan imej yang tidak komited terhadap pasukan ditonjolkan Carrasco serta ianya mampu menjadi pengajaran kepada mana-mana kelab yang mahukan khidmat pemain ini.

Berbalik kepada Arsenal, jika sememangnya Unai Emery berminat dan mahukan Carrasco, adalah elok sekirannya kedua-dua kelab berbincang secara diplomasi menyelesaikan masalah perpindahan ini.

*Penulis teringat perihal bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang tidak gemar mengambil mana-mana pemain yang tidak menghormati kontrak dan memberontak untuk berpindah. Tidak bermoral.

Post a Comment

Previous Post Next Post