Pemain Arsenal dipetik 'diplomatik' mahukan perpindahan dengan ejen bekerja keras.

LAPORAN dari Itali terus 'melakukan tekanan' terhadap rumors perpindahan Lucas Torreira.



Tanpa mengambil kira apa yang telah diperjelaskan dan diluahkan oleh Torreira mengenai minat yang ditunjukkan terhadap beliau oleh AC Milan, media Itali terus membuat serta melaporkan spekulasi perpindahan itu.

Mereka juga tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh kelab, ejen dan pemain itu sendiri, sebaliknya terus melaporkan apa yang difikirkan mereka serta meneruskan idea tersebut tanpa mempedulikan sebarang faktor.

Inilah yang terjadi terhadap rumors perpindahan Lucas Torreira ke Milan, dan Gazzetta dello Sport sedikit pun tidak menghiraukan apa yang dikatakan pemain tengah The Gunners baru-baru ini mengenai kegembiran pemain itu bersama Arsenal dalam menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris.

Petikan laporan Gazzetta dello Sport.
Akhbar Itali menolak luahan pemain tersebut dan menyifatkan ianya adalah cara 'diplomatik', yang cuba 'menggoda' Milan sambil menjaga Arsenal untuk mengekalkan harapan kelab Itali itu bagi menandatangani bekas bintang Sampdoria itu.



Mereka mendakwa bahawa Torreira telah membiarkan agennya tahu di belakang tabir bahawa dia mahu kembali ke Itali dan bekerjasama dengan Marco Giampaolo sekali lagi, dan sebab itulah wakil pemain tersebut terus berhubungan dengan kedua-dua kelab.
Milan jelas menyatakan mereka ingin membuka rundingan bersama Arsenal berhubung Torreira, tetapi The Gunners hanya akan mendengar tawaran konkrit dan kekal, bukanlah perjanjian pinjaman, dengan atau tanpa pilihan, wajib atau tidak, untuk dibeli.

Seterusnya mereka menyatakan hubungan langsung antara Milan dan The Gunners adalah 'dibayangkan' dan dapat terjadi 'tidak lama', meskipun tidak ada jaminan bahawa perkara tersebut bakal berlaku.

Bagi penulis, adalah sukar untuk menerima kenyataan sekiranya Arsenal bersetuju dengan tawaran Milan sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Dan juga, melihatkan kepada urusan perpindahan Arsenal pada jendela perpindahan ketika ini dilihat begitu sukar untuk mendapatkan pemain sasaran adalah mustahil untuk menerima kenyataan The Gunners akan melepaskan Torreira.

Setidak-tidaknya, Arsenal hanya melengahkan dan bermain 'kasar' dalam menyatakan hasrat mereka untuk (yang) tidak mahu menjual Torreira.

Post a Comment

Previous Post Next Post