Arsenal dilaporkan sedia melepaskan Lucas Torreira dan telah menetapkan harga bagi pemain itu.

ARSENAL telah menamakan harga mereka untuk pemain yang menjadi sasaran AC Milan, Lucas Torreira.

Pemain Uruguay itu tiba di Emirates pada musim panas tahun lepas dari Sampdoria dalam perpindahan yang bernilai £ 25 juta.

Torreira menikmati kempen yang mengagumkan bersama Arsenal dan beliau juga berjaya menawan hati peminat The Gunners serta menjadi antara pemain kegemaran peminat walaupun baru musim pertama beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Tetapi pemain tengah itu dilaporkan tidak selesa serta tidak gembira berada di London, ini mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya bersama Arsenal.

Dan awal musim panas ini , beliau turut mengumumkan bahawa beliau merindui kehidupan di Itali.

Menurut wartawan Itali, Vito Angele, Arsenal sedia untuk menjual Torreira namun dengan nilai sekurang-kurangnya € 45 juta (£40 juta) untuk berpisah dengan pemain berusia 23 tahun itu.

Angele mendakwa Torreira mahu menyertai Milan tetapi Arsenal hanya akan membiarkan pemain itu meninggalkan mereka jika syarat yang ditawarkan itu dipenuhi kelab Itali itu.


Dan agen Torreira, Pablo Bentancur, menghangatkan lagi spekulasi ini apabila mengakui kliennya itu berminat untuk ke Milan.

Post a Comment

Previous Post Next Post