Arsenal sedia jual bintang utama untuk membiayai perpindahan Zaha.

KORBANKAN Pierre-Emerick Aubameyang demi membawa masuk Wilfried Zaha.



Arsenal dilaporkan bersedia menjual Pierre-Emerick Aubameyang untuk membiayai perpindahan dan menandatangani Wilfried Zaha.

Dan laporan itu adalah menurut wartawan tersohor BBC yang cukup dipercayai oleh peminat The Gunners, David Ornstein yang telah membuat rumusan mengenai perkembangan terkini semua perkara yang berlaku di Arsenal.

Beliau mengatakan bahawa Arsenal begitu berminat untuk mendapatkan pemain antarabangsa Ivory Coast itu pada musim panas ini tetapi kegagalan mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, menyebabkan dana begitu terhad dan terpaksa mencari wang tunai melalui sumber lain.

Crystal Palace meletakkan Zaha pada nilai €85 juta (£76 juta) dan Arsenal mungkin sanggup berpisah dengan penjaring gol utama musim ini, Aubameyang bagi mendapatkan dana tambahan untuk memenuhi tuntutan tersebut.

Dan Zaha sendiri dikatakan berhasrat untuk meninggalkan Palace bagi menyertai Arsenal.


Manakala penyerang The Gunners itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dengan  laporan mengatakan kelab tersebut berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa Gabon itu.

Dan Arsenal, mungkin mempertimbangkan untuk melepaskan beliau sekiranya tawaran tersebut dikemukan United.


Difahamkan United bersedia menawarkan lebih daripada €70 juta (£63 juta) untuk mendapatkan Auba dan ianya kelihatan sukar buat Arsenal untuk menolak, lebih-lebih lagi pemain tersebut sudah berusia 30 tahun.

Perkembangan lain yang turut disentuh Ornstein adalah Torreira dan pemain  Celtic yang menjadi sasaran Arsenal, Kieran Teirney serta pertahanan St. Etienne, Saliba.

Beliau melaporkan dimana walaupun Arsenal meletakkan nilai setiap pemain, namun ianya tidak bermaksud bahawa pemain itu sedia untuk dilepaskan (dijual) dan perkara ini adalah merujuk kepada rumors perpindahan Torreira.

Manakala rundingan masih terus dijalankan untuk mendapatkan Teirney dan Saliba.

Post a Comment

Previous Post Next Post