Arsenal hantar wakil ke Iceland dengan €25 juta untuk pemain tengah Besiktas.

ARSENAL dilaporkan akan menghantar wakil ke Iceland pada hari Selasa untuk mendapatkan seorang pemain tengah dengan €25 juta dijangka dapat menyelesaikan urusan.



Turki mengalahkan pemenang Piala Dunia, Perancis 2-0 pada hari Sabtu dan pemain tengah Besiktas, Dorukhan Tokoz mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut.

Pemain tengah yang juga mampu beraksi pada posisi pertahanan kanan serta tengah bertahan berusia 23 tahun itu merupakan salah seorang pemain terbaik untuk pasukan kebangsaan Turki selepas menentang pasukan terhebat yang diwakili pemain seperti Paul Pogba dan Blaise Matuidi.


Beliau pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris pada masa lalu, dan prestasi cemerlang beliau pada hujung minggu telah menarik perhatian Arsenal.

Menurut Fotospor, mereka mengatakan bahawa pihak London akan menghantar scout ke Iceland pada hari Selasa untuk menilai kemampuan sebenar pemain tersebut sebelum membuat keputusan menandatanganinya.

Turut dilaporkan, selain Arsenal, AC Milan dan Napoli juga bersedia mengikuti perkembangan pemain tersebut minggu ini kerana mereka juga dilaporkan 'terpesona' dengan apa yang dipamerkan daripada pemain Besiktas itu.

Tokoz sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle United dan West Ham United namun kini, ianya dikatakan Arsenal yang paling berminat terhadapnya.

Presiden Besiktas, Fikret Orman dilaporkan sedia melepaskan pemain itu sekiranya menerima tawaran pada nilai €25 juta (£22 juta), laporan Fotospor.

Post a Comment

Previous Post Next Post