Arsenal tingkatkan nilai tawaran setelah ditolak untuk tawaran pertama bagi dua pemain.

SAMPDORIA tolak tawaran awal Arsenal untuk dua pemain, The Gunners sedia 'menaikkan tawaran' dengan segera.

Pada 6 Jun, media Itali mendakwa bahawa Tottenham Hotspur telah 'menyediakan tawaran rasmi pertama' untuk menandatangani Joachim Andersen dari Sampdoria.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci yang dibentangkan oleh Spurs untuk pemain antarabangsa Denmark itu.

Manakala Tutto Mercato Web pula menyediakan laporan dengan menyataka 'angka tawaran' dari pihak Mauricio Pochettino dan juga mendakwa Arsenal berminat menandatangani pemain tengah dan rakan sepasukannya, Dennis Praet.

Mereka menyatakan finalis Liga Juara-Juara 2019 bersedia untuk mengeluarkan belanja berjumlah €25 juta (£22 juta) untuk pemain Denmark itu, sementara The Gunners telah membuat tawaran berjumlah €45 juta (£40 juta) untuk Andersen dan pemain tengah, Dennis Praet.

Sementara satu lagi sumber dari Itali, Sampnews24.com mendakwa pihak Unai Emery telah membuat tawaran awal berjumlah €42 juta (£37.4 juta) untuk Andersen dan Praet, yang telah ditolak oleh Sampdoria.

Laporan yang sama juga menjelaskan bahawa dalam beberapa jam akan datang, Arsenal merancang untuk 'menaikkan tawaran' itu kepada €50 juta (£44.5 juta), yang mana ianya boleh diterima (dipersetujui) Presiden Sampdoria, Massimo Ferrero.

Atletico Madrid dan Sevilla juga mengejar pemain Belgium itu, manakala Tottenham hanya mensasarkan Andersen seorang.

Apa-apa pendekatan untuk Arsenal bagi mendapatkan kedua-dua pemain itu dilihat jelas bakal menghadapi persaingan yang sukar.

Post a Comment

Previous Post Next Post