Ejen pemain kepada Jordan Veretout bermain teka-teki mengenai masa depan pemain tersebut.

"Arsenal? Saya tidak suka namakan siapa"- ejen Veretout bermain teka-teki selepas The Gunners membuat pertanyaan mengenai perpindahan.


Edisi hari Ahad, L'Equipe melaporkan Arsenal telah membuat 'hubungan' untuk menandatangani Jordan Veretout.

Namun ianya bukanlah sesuatu yang pasti, hanya lebih kepada satu pertanyaan untuk mengetahui sebarang kemungkinan bagi menandatangani pemain Fiorentina itu.

Pemain tengah itu dikatakan memiliki 'kenangan manis' dalam kancah bolasepak Inggeris kerana pernah bersama Aston Villa (2015–2017), namun ketika ini beliau lebih teruja untuk mencari kelab yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara bagi membantu dirinya  memikat Didier Deschamps.

Ini bukanlah kali pertama The Gunners dikaitkan dengan pemain ini, dimana pada bulan April dakwaan yang sama datang dari Perancis yang kemudian disebarkan ataupun tersebar dengan dakwaan perpindahan yang turut dilaporkan dari media Itali.

Wakil Veretout di Itali, Mario Giuffredi telah bercakap kepada salah sebuah stesen radio Itali dimana kata-kata beliau telah dipetik oleh CalcioNapoli24 yang dimasukkan ke dalam laporan mereka semalam.

Petikan laporan CalcioNapoli24, 10 June 2019

Selain Arsenal, wakil ataupun ejen pemain itu turut mendedahkan dimana Napoli turut berminat untuk mendapatkan Veretout dan kelab tersebut paling kuat dikaitkan ketika ini.

Pun begitu, beliau enggan mendedahkan kelab mana yang dikatakan telah menghubungi beliau untuk berunding lebih lanjut apabila berkata: "Roma dan Arsenal? Saya tidak suka namakan siapa. "

Mario Giuffredi ejen yang bertanggungjawab terhadap Veretout, berada dibawah naungan M.A.R.A.T. Football Management.
Dikatakan seseorang telah menamakan siapa mereka (kelab) tersebut, namun ianya sekadar perbualan/perbincangan yang tidak direkodkan dan ejen pemain itu jelas tidak mahu menafikannya.

Mungkin Arsenal dan lain-lain (kelab) digunakan untuk menekan Napoli bagi melakukan perpindahan (bidaan) dengan segera.

Jordan Veretout merupakan pemain yang 'dijaga' oleh Mario Giuffredi dibawah M.A.R.A.T. Football Management, dimana beliau merupakan pemain kedua termahal dibawah naungan agensi itu selepas pertahanan kanan Napoli, Elseid Hysaj yang bernilai €23 juta (£20.5 juta).

Nilai pasaran semasa Veretout dianggarkan €20 juta (£17.8 juta) dan awal bulan ini (3 Jun),  Fiorentina telah menolak tawaran berjumlah €20 juta daripada Marseille. 

Post a Comment

Previous Post Next Post