Arsenal lega selepas isu Lucas Torreria namun bimbang mengenai pemain sasaran lain.

ARSENAL 'lega' selepas AC Milan tidak meneruskan usaha mereka untuk mengejar Lucas Torreira, namun pemain sasaran berikutnya mungkin menjadi masalah.



The Gunners memasuki jendela perpindahan musim panas ini dengan bajet 'ciput' setelah sekali lagi gagal melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut.

Ini bermakna Unai Emery hanya akan mempunyai kira-kira £40- 45 juta sahaja untuk dibelanjakan bagi memantapkan pasukan.


Ekoran itu, Arsenal terpaksa melupakan beberapa pemain sasaran seperti Wilfried Zaha, Nicolas Pepe dan William Saliba setelah harga yang diletakkan terlalu tinggi, melebihi kemampuan dengan dana yang diperuntukan.

Bagaimanapun, Emery telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Arsenal bahawa beliau boleh meningkatkan dana perpindahan dengan hasil jualan/menjual pemain.

Namun, Emery tidak sanggup untuk melepaskan pemain yang baru bersama beliau, Lucas Torreira.


Pemain kebangsaan Uruguay itu mencetuskan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau merindui kehidupan di Itali dan ingin kembali ke Serie A selepas hanya satu musim di Liga Perdana Inggeris.



AC Milan menjadi pasukan yang begitu kuat dikaitkan dengan pemain berusia 23 tahun itu lebih-lebih lagi mereka mendapat pengurus baharu, Marco Giampaolo yang pernah bersama Torreira di Sampdoria.

Pasukan San Siro itu juga dilaporkan telah membuat tawaran yang dipercayai sekitar £35 juta untuk pemain tengah itu, tetapi ia ditolak dengan Arsenal menyifatkan tawaran tersebut sangat 'mengarut'.

Dan kerisauan Emery bakal kehilangan Torreira telah mula mereda selepas wartawan bolasepak Itali, Alfredo Pedulla mendedahkan Milan mencari pemain dari pasukan lain, mengalihkan sasaran mereka.

Sebaliknya, Rossoneri mengalihkan sasaran mereka untuk mendapatkan pemain yang menjadi sasaran Arsenal, Denis Praet.


Pemain Belgium itu merupakan bekas anak didik Giampaolo ketika di Sampdoria, dilaporkan menjadi sasaran Arsenal dengan tawaran sebanyak £44 juta dikemukakan oleh The Gunners yang turut melibatkan rakan sepasukan pemain itu, Joachim Andersen.

Pengurus baharu Milan, Marco Giampaolo pernah membimbing Sampdoria dari 2016–2019.
Arsenal setakat ini masih belum membuat sebarang pembelian pemain pada jendela peprindahan musim panas ini tetapi terdapat keperluan untuk mendapatkan pemain bagi mengukuhkan pasukan.

Emery dalam usaha untuk merombak bahagian pertahanan dengan pertahanan kiri, tengah dan kanan merupakan salah satu agenda utama.

Dan ianya telah membawa rumors untuk The Gunners mengenal pasti Kieran Tierney dari Celtic, yang mahir bermain di ketiga-tiga posisi tersebut sebagai sasaran perpindahan.

Kieran Tierney, 22 tahun menjadi sasaran Emery pada jendela perpindahan musim panas ini.
Namun, The Hoops menuntut bayaran sekitar £25-30 juta dan Arsenal pula enggan membelanjakan sebahagian besar bajet yang diperuntukan kali untuk mendapatkan seorang pemain sahaja.

Siapakah yang bakal berjaya mendapatkan Denis Praet? Ataupun tiada siapa yang mampu menandatangani pemain tersebut pada jendela perpindahan musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post