Crystal Palace tetapkan harga baru untuk Arsenal bagi menandatangani Wilfried Zaha.

CRYSTAL PALACE bertekad untuk tidak kehilangan Wilfried Zaha musim panas ini dan telah menetapkan harga £ 100 juta dengan pemain itu terus dikaitkan dengan Arsenal.



Sejak kembali ke Selhurst Park pada tahun 2015 berikutan kekecewaan di Manchester United, Zaha berjaya menempatkan dirinya sebagai pemain utama Palace dan menjadi salah seorang bintang Liga Perdana Inggeris.

Namun, kecemerlangan beliau itu mencetuskan spekulasi dimana beliau telah meminta kepada pihak pengurusan kelabnya itu untuk berpindah, mencari haluan baru dan cabaran baru.

Dan turut dikatakan bahawa destinasi yang menjadi pilihan pemain itu adalah Arsenal, serta kelab berpangkalan di Utara London itu juga dilaporkan sedia melakukan tawaran terhadap beliau.
Tidak dapat dipastikan sama ada Zaha benar-benar seorang pemain yang meminati The Gunners semenjak kecil atau tidak, namun laporan media mengatakan bahawa beliau adalah seorang peminat Arsenal dan tanpa segan silu meminta majikan beliau melepaskannya demi memenuhi impiannya itu.

Kenyataan itu disokong dengan dakwaan bahawa Zaha bukannya memilih untuk beraksi bersama kelab yang bersaing diperingkat tertinggi Eropah, Liga Juara-Juara, namun memilih Arsenal yang sekadar beraksi di pentas Liga Europa musim depan.
Dengan laporan kuat mengatakan bahawa beliau mahu beraksi dibawah Unai Emery musim depan, kekangan kewangan Arsenal menjadi halangan dan menyukarkan The Gunners untuk mendapatkan beliau walaupun persetujuan secara peribadi bersama pemain itu telah dicapai.


Crystal Palace, dalam perkembangan terkini, bagaimanapun enggan melepaskan beliau, lebih-lebih lagi setelah kehilangan Aaron Wan-Bissaka ke Manchester United dan telah menetapkan harga yang tinggi, yang perlu dibayar Arsenal untuk mendapatkan Wilfried Zaha.

Harga yang dipinta Crystal Palace untuk melepaskan Zaha adalah sebanyak £100 juta.
The Daily Mail turut mengatakan Eagles tidak mahu kehilangan dua tonggak utama mereka serentak pada jendela perpindahan musim panas ini dan sekaligus membebankan tugas pengendali pasukan mereka, Roy Hodgson.

Mereka kini berharap dengan nilai baru yang ditetapkan itu (£100 juta) akan membatalkan niat Arsenal untuk terus memberi tekanan menandatangani Zaha, lebih-lebih lagi The Gunners hanya mempunyai kira-kira £45 juta sahaja untuk dibelanjakan.

Lupakan sahaja Wilfried Zaha wahai Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post