Mesut Özil sedia untuk kekal bersama Arsenal pada musim panas ini.

BERITA yang tidak mengejutkan apabila Mesut Ozil dilaporkan sedia untuk kekal bersama Arsenal musim panas ini, menurut laporan.



The Daily Mail mendakwa bahawa walaupun bajet terhad Arsenal musim ini dan gaji tinggi diterima Ozil, namun pemain Jerman itu memutuskan untuk kekal bersama kelab. 

Dan Arsenal juga dilaporkan terbuka untuk menerima mana-mana tawaran terhadap pemain itu, tetapi setakat ini masih tidak menerima apa-apa dan seolah-olah tidak percaya ada yang akan membida perancang berbisa itu.
Perkembangan ini sememangnya sudah dijangkakan, memandangkan Ozil dan ejennya tidak membuat sebarang kenyataan bahawa dia mempunyai keinginan untuk meninggalkan Emirates musim panas ini. 

Ejen pemain memainkan peranan penting dalam mencari dan mencetuskan minat terhadap mana-mana kelab yang mahukan khidmat pemain jagaan mereka, dan Ozil jelas tidak memberikan arahan untuk berbuat demikian.

Sekiranya pemain berusia 30 tahun itu mempamerkan dan melalui musim yang hebat, kemungkinanan situasi berubah.

Walau bagaimanapun, Ozil musim lalu gagal mempamerkan aksi memberangsangkan dibawah Unai Emery dan seringkali ditinggalkan (tidak disenaraikan didalam skuad).

Pun begitu, Ozil sebelum ini turut menegaskan bahawa beliau gembira berada di London dan menyahut cabaran untuk membuktikan bahawa dirinya masih berbisa serta menafikan mempunyai sebarang masalah bersama Unai Emery.
Dan sudah tentu memasuki musim kedua Ozil bersama Emery, beliau mahu membuktikan bahawa dirinya sememangnya berharga dan bukanlah untuk dijual.

Mungkin aura ADIDAS mampu memberi sedikit 'tuah' kepada Arsenal dan Ozil?


Post a Comment

Previous Post Next Post