Arsenal mulakan 'rundingan' bersama Fiorentina untuk anggaran kos perpindahan musim panas.

APRIL lalu, laporan media Perancis mendakwa bahawa Arsenal merupakah salah sebuah kelab yang berminat untuk menandatangani Jordan Veretout dari Fiorentina pada musim panas ini.



Sejak berpindah dari Aston Villa, pemain tengah itu telah mempamerkan aksi memberangsangkan bersama pasukan Serie A dan terdapat dakwaan yang tidak berkesudahan mengenai masa depan beliau yang sering kali dikaitkan dengan perpindahan.

Difahamkan, Fiorentina berhasrat melepaskan beliau sekiranya menerima tawaran berjumlah diantara € 25-30 juta.

Terdapat juga beberapa dakwaan daripada media Itali sebelum ini yang melaporkan bahawa Arsenal turut berminat terhadap pemain tersebut, namun ianya menjadi sepi tanpa sebarang perkembangan sehinggalah  kini.

Edisi Ahad, L'Equipe membawa rumors dan dakwaan sebelum ini kembali segar serta berkembang mekar selepas sepi seketika.

Akhbar Perancis itu menerangkan bahawa The Gunners telah membuat hubungan, namun ianya adalah sekadar pertanyaan mengenai harga yang 'direstui'  pada peringkat ini.


AS Roma dan Sevilla juga dikatakan telah menghampiri ejen pemain yang bertanggungjawab terhadap masa depan Veretout, dengan kesemua mereka (kelab-kelab) mahu mengetahui menganggarkan kos perpindahan pemain tersebut pada musim panas nanti.

Veretout dikatakan mempunyai kenangan manis di England terutamanya Liga Inggeris, ketika mewakili Aston Villa. 

Bagaimanapun, pemain Perancis berusia 26 tahun itu dikatakan berminat untuk menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara kerana mahu meyakinkan Didier Deschamps untuk memanggilnya bagi skuad kebangsaan Perancis.

Nilai pasaran semasa Veretout adalah dianggarkan sekitar £17-19 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post