Mbappe sekali lagi buatkan penyokong Liverpool tidak senang duduk.

Kylian Mbappe membuatkan penyokong Liverpool tidak keruan lagi apabila bergambar bersama penyerang mereka, Daniel Sturridge.

Pada ketika khabar angin yang mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke Anfield masih bertiup kencang, Sturridge berkongsi gambar bersama bintang tengah Perancis itu dalam Instagram, semalam.

Jika sebelum ini beliau pernah mengatakan memilih Liverpool, terkini gambar beliau bersama bintang Reds itu sekali lagi mencetuskan spekulasi mengenai masa depan beliau.

BACA: Mbappe pilih Liverpool


Sturridge memuat naik gambar tersebut bersama kapsyen: "Serius Mbappe. Ibunya beritahu saya dia pernah meniru gaya saya ketika meraikan gol (tarian ular).

"Dia menunjukkannya kepada saya, jadi saya juga mahu melakukan gayanya".


Sejak beberapa minggu lalu, Mbappe, 20 tahun, dilaporkan akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai pasukan yang belum diputuskan.

Juara La Liga, Barcelona telah menyuarakan minat untuk mendapatkan Mbappe, namun Reds tiba-tiba turut berada dalam 'radar' selepas pemain itu beberapa kali menyuarakan rasa kagum terhadap Liverpool dan jurulatih mereka, Jurgen Klopp.

Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara, dua minggu lalu selepas mengalahkan Tottenham 2-0 dalam perlawanan akhir.

Malah, mereka turut menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris selaku naib juara di belakang Manchester City.

Selepas Barcelona, Mbappe yang merupakan tonggak Perancis ketika menjuarai Piala Dunia tahun turut dikatakan menarik perhatian Real Madrid.

Dan PSG dilaporkan sedia melepaskan pemain muda itu jika menerima tawaran diantara €230-€250 juta (£206 - £224 juta).

Post a Comment

Previous Post Next Post