Arsenal 'semakin jauh' ke arah menandatangani Carrasco dan perlu bertindak pantas.

ARSENAL kini semakin jauh daripada menandatangani Yannick Carrasco dan perlu bertindak pantas dengan kelab lain turut memantau pemain itu.



Ketika jendela perpindahan Januari dibuka, nama Yannick Carrasco sering kali dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan China.

Selepas menandatangani kontrak bersama Dalian Yifang pada Februari 2018, bekas pemain Atletico Madrid mendapati dirinya tidak mampu bertahan lama di China kerana 'bosan' dan berhasrat mahu kembali ke Eropah.

Terdapat 'perbincangan' yang berlaku ketika pasaran perpindahan musim sejuk dengan Arsenal dan Manchester United berhasrat mendapatkan pemain itu, tetapi Dalian Yifang tidak bersedia melepaskan pemain mereka pada ketika itu.

Sejak itu, pemain tersebut berulang kali membuat 'penjelasan' dimana beliau mahu kembali ke Eropah dan menjangkakan kelabnya sedia membantu untuk mempermudahkan urusan perpindahan (melepaskan beliau).

Terkini, Arsenal telah dikaitkan dengan serius dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan SportBild mengatakan kelab Utara London ini semakin ataupun sangat jauh dari (untuk) menandatangani pemain itu.


Walau bagaimanapun, mungkin terdapat halangan buat Arsenal untuk menandatangani Carrasco.

Menurut media Jerman itu, Carrasco mungkin bergelar The Bavarians dalam beberapa minggu lagi.

Yuran perpindahan yang dianggarkan dikenakan adalah sekitar €30 juta (£26.7 juta).

Perpindahan Carrasco masih belum dimuktamadkan lagi dan pemain itu juga bukanlah pilihan utama Bayern untuk ditandatangani pada musim panas ini, namun sekiranya mereka gagal mendapatkan pemain Manchester City, Leroy Sane, maka situasi bakal menjadi sebaliknya.

Dan Arsenal haruslah pantas bertindak sekiranya mahukan pemain tersebut berada di Emirates musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post