Pelan jangka panjang Tottenham dan Arsenal juga berminat dengan Paulo Gazzaniga

Thomas Strakosha.

TOTTENHAM melihat pemain bernilai €25 juta sebagai pelan jangka panjang dan Arsenal turut dilaporkan berminat mendapatkan pemain sasaran mereka itu.



Hugo Lloris ketika ini berusia 32 tahun dan bakal mencecah 33 tahun Disember ini.

Melihat kepada perkembangan itu, ada kemungkinan untuk kedua-dua pihak, Hugo Lloris dan Tottenham memikirkan tentang apa yang berlaku apabila penjaga gol veteran itu meninggalkan pasukan tersebut.

Paulo Gazzaniga (27 tahun) ketika ini adalah penjaga gol kedua Spurs, namun prestasi beliau masih kurang diyakini untuk menggantikan penjaga gol antarabangsa Perancis itu dalam tempoh setahun atau mungkin dua tahun lagi.

Paulo Gazzaniga, 27 tahun.
Secara realistik, senario yang ideal mungkin untuk membawa masuk seorang penjaga muda, duduk dan belajar dari Lloris sebagai persedian mengambil alih posisi tersebut.



Dan penjaga gol muda itu, menurut Gazzetta dello Sport, boleh menjadi Thomas Strakosha dari Lazio, yang Spurs dan juga Arsenal dilaporkan berminat.

Lo vogliono Tottenham e Arsenal e per un'offerta di almeno 25 milioni potrebbe partire. Il portiere della Fiorentina prima candidato alla sostituzione, Buffon resta un sogno irrealizzabile. -- Gazzetta dello Sport

Pemain berusia 24 tahun itu telah menjadi penjaga gol utama untuk kelab Serie A dalam tiga musim terkini dan inspirasi terbesar beliau adalah untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris setelah terpesona  dengan suasana bolasepak Inggeris.

Strakosha mungkin kehilangan tempat pada awal penyertaan beliau ke Tottenham, tetapi ianya mungkin untuk tempoh tahun pertama yang disifatkan sebagai tempoh peralihan sebelum menjadi Nombor 1.

Sesuatu yang serupa akan berlaku jika beliau menyertai Arsenal, di mana pemain antarabangsa Albania hanya akan mengisi kosong yang ditinggalkan Petr Cech.

Namun ianya sedikit berbeza kerana Bernd Leno telah berjaya menjadi pilihan utama Unai Emery untuk mengawal gawang Arsenal musim depan.

Dan tidak seperti Lloris, penjaga gol Jerman itu tidak akan berhijrah meninggalkan Arsenal dalam tempoh terdekat.

Kemasukkan seorang penjaga gol muda seperti Strakosha, hanya akan menambah sedikit persaingan untuk posisi tersebut di kedua-dua kelab dan mungkin memberi tekanan kepada penjaga gol utama kedua-dua kelab untuk bekerja lebih keras.

Gazzetta melaporkan dengan jelas bahawa Lazio tidak berhasrat untuk menjual penjaga gol utama mereka itu, namun sekiranya tawaran €25 juta (£22 juta) dilakukan, ianya mungkin dapat mengubah pendirian mereka, di mana mereka akan mengalih perhatian mereka kepada Alban Lafont dari Fiorentina untuk menggantikannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post