ARSENAL berminat untuk menandatangani pertahanan Saint-Etienne dan perkembangan rundingan dilaporkan berjalan dengan baik, tawaran berjumlah €30 juta dan boleh diselesaikan tidak lama lagi.



Arsenal telah dikaitkan dengan William Saliba dalam beberapa bulan terkini dan rumors perpindahan itu begitu kuat diperkatakan.

Pasukan berpengkalan di Utara London merupakan salah satu daripada beberapa kelab yang telah menghantar scout untuk menilai dan memantau pertahanan Saint-Etienne dan telah berulang kali menyatakan mereka berminat serta menyukai apa yang dipamerkan oleh pemain kelahiran Perancis, berusia 18  tahun itu.

Saliba turut mendapat perhatian Manchester United.
Dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh Le10 Sport,  Arsenal telah memulakan langkah pertama ke atas perjanjian untuk menandatangani pemain muda itu dan semuanya dilaporkan berjalan dengan lancar.

Kelab Ligue 1 itu mahukan nilai bayaran perpindahan sebanyak €30 juta (£26.7 juta) dan berserta dengan satu syarat yang harus dipenuhi dan dipatuhi.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Saint-Etienne mahukan sesiapa (mana-mana kelab) yang membeli Saliba untuk meminjamkan semula pemain tersebut untuk musim depan kepada mereka.

Keadaan ataupun syarat tersebut jelas menyukarkan Arsenal untuk memenuhi permintaan mereka setelah (jika) mengeluarkan belanja sebanyak itu (€30 juta) untuk mendapatkan Saliba.

Lebih-lebih lagi The Gunners mempunyai dana perpindahan yang amat terhad untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Manchester United dilaporkan berada dalam posisi terbaik untuk menandatangani Saliba, namun Arsenal merupakan pasukan yang dikatakan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pemain itu. 


Le10 Sport mengatakan perbincangan masih diteruskan dan kemungkinan urusan perpindahan mampu dimuktamadkan dalam beberapa minggu akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post