Charlton Athletic mahukan Eddie Nketiah secara pinjaman musim depan

CHARLTON ATHLETIC berminat mengambil Eddie Nketiah pada musim panas ini, menurut laporan.



Laporan daripada LondonNewsOnline mendedahkan bahawa Charlton bersedia untuk mengambil sebarang risiko yang mereka perlu ambil bagi membawa Nketiah menyertai mereka pada musim panas ini.

Charlton memahami penyerang itu boleh berakhir di salah satu kelab yang beraksi di saingan Championship atau pergi ke luar negara seperti Reiss Nelson sebagaimana musim lalu, tetapi mereka masih berharap dapat menggunakan hubungan kuat mereka dengan Arsenal supaya bersetuju dengan langkah pinjaman seorang pemain lagi.

Sebelum ini Charton pernah meminjam Krystian Bielik pada musim lalu (2018/19) untuk tempoh semusim.

They would also move in a flash to take Arsenal striker Eddie Nketiah on loan. But the Lewisham-born 20-year-old is hot property and looks set for either a top Championship side or even a temporary move abroad to further his development.
 --LondonNewsOnline

Krystian Bielik mempunyai musim yang menakjubkan bersama Charlton dalam kempen terakhir beliau,  dimana pemain kelahiran Poland ini berjaya meningkatkan prestasi dirinya selain membantu kelab itu memenangi perlawanan play off League One.



Mengikut rekod, Chalton pernah membawa pemain Arsenal menyertai mereka secara pinjaman seperti Stephy Mavididi (2017 dan 2018), Francis Coquelin (2014) dan Yaya Sanogo (2016).

Bielik berjaya membuat 31 penampilan dengan 3 gol dan 2 bantuan gol dihasilkan beliau bersama Charlton musim lalu.
Ketika Mavididi bersama Charlton, beliau dilihat sebagai pemain yang mampu memberikan kelebihan kepada kelab itu selain mampu meningkatkan prestasi pemain itu sendiri.

Namun kecederaan pada bulan kedua (Februari) beliau bersama kelab itu, meranapkan impian pemain muda Arsenal untuk terus bersinar.

Mavididi akhirnya menyertai Juventus selepas lapan tahun bersama Arsenal pada Ogos 2018.
Dan seperti Mavididi, Nketiah juga adalah seorang penyerang yang pantas dengan kebolehan mengelecek memberikan beliau fleksibiliti untuk bermain pada bahagian sayap. 

Pergerakan pemain muda Arsenal ini cukup lincah dan sangat baik, beliau sentiasa bersedia untuk menghukum pihak lawan sekiranya mereka melakukan kesilapan untuk menjaringkan gol.

Saksikan kelincahan dan kehebatan Eddi Nketiah musim 2018/19

Sekiranya mengambil rekod lampu, tindakan meminjamkan pemain Arsenal ke Charlton, ianya adalah satu tindakan bijak kerana tidak ada gunanya sekiranya pemain berbakat ini sekadar beraksi dibangku simpanan mahupun di Youth League (kurang kompetitif).

Dan pastinya jika Nketiah menyertai Charlton secara pinjaman, bakat beliau mampu  dikembangkan lagi serta beliau mampu beraksi dalam kesebelasan utama skuad Red Robins secara tetap.

Namun segalanya bergantung kepada Unai Emery sama ada mahu menggunakan Nketiah musim depan ataupu tidak.

Yang pasti pemain muda ini sememangnya berbakat. Apa kata anda?


Post a Comment

Previous Post Next Post