Arsenal berunding Yacine Brahimi dalam usaha menandatangani pemain tersebut, menurut sumber terdekat.

PEMAIN Algeria, Yacine Brahimi telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris selama bertahun-tahun.



Tidak keterlaluan untuk mengatakan hampir separuh daripada kelab yang bersaing dalam saingan tertinggi Inggeris (Liga Perdana - EPL) telah dikaitkan dengan beliau.

Sebelum ini West Ham dan Everton merupakan antara kelab yang paling kuat dikatakan berminat untuk menandatangani Yacine Brahim.

Dan beliau kini merupakan seorang ejen bebas selepas kontraknya bersama FC Porto tamat dan boleh menggunakan status itu untuk memenuhi hasratnya berpindah ke liga Inggeris.

Algeria kini bersaing dalam kejohanan Piala Negara Afrika dan pemain tersebut juga merupakan antara tonggak yang terlibat.

Dan bagi mengelakkan sebarang gangguan (mental dan fokus pemain), tiada pengumuman akan dibuat mengenai masa depan pemain itu sehingga berakhirnya kejohanan tersebut ataupun sekurang-kurangnya sehingga penglibatan Algeria berakhir.



Sumber Algeria, La Gazette du Fennec melaporkan dimana pihak Arsenal dan pemain tersebut kini sedang berunding dengan lebih lanjut mengenai potensi perpindahan ke Emirates.
Pemain tersebut dikatakan mencari kontrak mewah dan Arsenal pula mampu mendapatkan beliau tanpa mengeluarkan belanja besar.

Satu kelebihan kepada pihak Unai Emery yang mempunyai dana perpindahan yang ketat, namun soal gaji juga menjadi satu faktor yang penting dalam mengawal kewangan kelab.

Brahimi turut dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran dari Galatasaray, Fenerbahce dan Besiktas, tetapi beliau lebih teruja untuk menyertai Liga Perdana Inggeris dan ianya menjadi pilihan utama dalam membuat keputusan perpindahan beliau.

La Gazette du Fennec mengatakan maklumat tersebut (berunding dengan Arsenal) datang dari sumber yang rapat dengan pemain itu.

Sementara itu, bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira yang kini menjadi pengendali Nice turut berminat untuk mendapatkan Yacine Brahimi.

Yacine Brahimi berusia 29 tahun dan musim lalu beliau telah menjaringkan 13 gol dan menghasilkan sembilan bantuan gol dalam 49 perlawanan untuk Porto.

Beliau beraksi pada bahagian sayap kiri dan mampu beraksi pada bahagian tengah.

Namun perpindahan beliau itu bukanlah sesuatu yang mudah walaupun bergelar ejen bebas kerana pemain itu didakwa meminta £3.5 juta sebagai yuran menandatangani kontrak selain dilaporkan mempunyai pemilikan pihak ketiga.

Post a Comment

Previous Post Next Post