Manchester United semakin hampir dapatkan Wan-Bissaka

Manchester United dilaporkan telah bersetuju dengan jumlah perjanjian bernilai £50 juta bagi mendapatkan khidmat bintang Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka.

Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan telah tiba di Manchester bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan dan dijangka bakal melengkapkan perpindahan dalam masa terdekat.


Bissaka bakal menandatangani kontrak jangka panjang bersama pasukan Old Trafford itu dengan gaji dianggarkan bernilai £80,000 seminggu.

Jumlah gaji baharu yang diterima Wan-Bissaka bakal menyaksikan kenaikkan besar berbanding pendapatannya sekarang di Palace iaitu sebanyak £10,000 seminggu.

Namun tindakan United yang dikatakan memberi kontrak selama enam tahun kepada pemain tersebut mengundang rasa tidak senang peminat mereka.
Persetujuan itu berjaya dimeterai sewaktu United mengadakan rundingan dengan Palace pada Selasa malam dan mereka kini sedang menguruskan pemeriksaan kesihatan pemain muda tersebut.

United akan mengemukakan pembayaran pendahuluan sebanyak £45 juta untuk khidmat pertahanan kanan itu dengan £5 juta sebagai bayaran tambahan yang akan dilunaskan kemudian.

Wan-Bissaka adalah pemain kedua yang ditandatangani United pada jendela perpindahan musim panas ini, selepas mereka membeli Daniel James dari Swansea.

Daniel James menyertai United dalam perpindahan bernilai sekitar £15 juta pada 6 Jun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post