Pemain tengah Manchester City, David Silva hari ini mengakui bakal meninggalkan pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu hujung musim 2019-20.

Ditanya wartawan BBC sama ada terus kekal musim depan, pemain Sepanyol berusia 33 tahun berkata: "Tidak, ini musim terakhir.

"Sepuluh tahun sudah cukup. Ia tempoh yang sempurna buat saya.

"Sebenarnya, City menawarkan kontrak dua tahun, tapi saya mengambil keputusan melanjutkannya untuk setahun, jadi saya akan genap 10 tahun di sini.

"Ia melengkapkan kitaran kerjaya saya. Ia juga angka genap yang cantik. Saya tidak akan bermain dengan pasukan lain untuk mencabar City. Cukuplah 10 tahun, itu saja.”

Sepanjang di City, Silva yang menyertai The Citizens dari Valencia pada 2010 sudah mengecapi empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan menjulang empat trofi Piala Liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post