Arsenal boleh menandatangani pemain hanya € 15 juta selepas membuat percubaan pinjaman.

CHRISTOPHER NKUNKU sangat dikehendaki oleh Arsenal semasa jendela perpindahan musim sejuk, tetapi The Gunners gagal mencapai persetujuan bersama PSG dalam urusan tersebut.

Kekurangan wang tunai untuk menandatangani pemain ini memaksa Arsenal cuba untuk meneruskan usaha tersebut secara pinjaman dan tindakan itu tidak dipersetujui oleh kelab Perancis kerana ianya tidak cukup menarik buat mereka untuk melepaskan pemain tersebut semasa jendela perpindahan Januari.

Ketika jendela perpindahan itu ditutup, L'Equipe melaporkan pihak Unai Emery 'benar-benar mahukan' pemain tengah, tetapi usaha pinjaman dengan pilihan untuk membeli adalah 'terlalu rumit' untuk PSG.


Sekarang, juara Ligue 1 sedang melakukan 'jualan' dan Nkunku berada di senarai pemain yang tidak dikehendaki mereka.

Edisi hari ini L'Equipe memperincikan 'tawaran penting' dari Arsenal yang datang semasa jendela perpindahan musim sejuk, mengulangi ia adalah pinjaman dengan pilihan pembelian.

Pemain tersebut kini telah meminta untuk dilepaskan dan PSG bersedia untuk membiarkan Nkunku pergi dengan nilai sebanyak € 15 juta (kira-kira £13.4 juta)

Sekiranya kelab Liga Perdana begitu berminat terhadap Nkunku sebagaimana laporan beberapa bulan yang lalu, harga yang ditawarkan adalah masuk akal untuk mereka (kelab-kelab yang berminat) kembali menilai pemain tersebut.

Dan menurut akhbar Perancis itu, mereka mengatakan Nkunku sedia dilepaskan jika terdapat mana-mana kelab yang membida ataupun menawarkan dengan angka tersebut.

Pun begitu, hasrat Emery and co. mungkin terencat dengan pasukan Jerman, RB Leipzig juga dikatakan berminat dan sedia untuk memenuhi syarat-syarat yang dikemukan oleh PSG.


Post a Comment

Previous Post Next Post