AKHIRNYA untuk kesekian kalinya laungan "Kroenke Out" kembali kedengaran dan peminat serta penyokong Arsenal memulakan kempen diatas talian untuk menghalau pemegang saham majoriti daripada kelab.



Stan Kroenke merupakan pemegang saham majoriti Arsenal dan peminat Arsenal telah lama bersabar terhadap beliau yang dikatakan tidak mengambil berat soal perkembangan kelab.

Hilang kesabaran dengan tindakan pemilik tunggal Arsenal itu, penyokong Arsenal telah melancarkan kempen dalam talian untuk menghalau Stan Kroenke dari kedudukannya di Arsenal.

Stan Kreonke
Dengan pasukan bimbingan Unai Emery gagal menempatkan diri bagi saingan Liga Juara-Juara musim depan, dana perpindahan juga dikatakan tidak berganjak dari nilai asal yang dilaporkan sebelum ini, £40 juta.

Jelas ianya begitu mengecewakan peminat yang rata-rata mahukan dana lebih besar diberikan kepada Emery bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dan berdaya saing.

Tindakan Kroenke yang tidak mempedulikan Arsenal dan enggan memberi dana besar untuk mengukuhkan pasukan pada jendela perpindahan bukanlah baru terjadi, malahan ianya dapat dilihat dalam beberapa musim terdahulu, ketika era Arsene Wenger lagi.



Kempen #KroenkeOut telah dilancarkan serta merentasi media sosial dalam tempoh 12 jam yang lalu dan menjadi salah satu topik 'trending' utama United Kingdom.


Kempen yang sama telah dilancarkan oleh peminat Manchester United untuk menghapuskan keluarga Glazer dari Old Trafford, dengan tren #GlazersOut di UK melalui media sosial sebelum ianya kini menjadi trend #KroenkeOut.

Walaupun ianya sangat sukar untuk menyaksikan kempen ini berjaya memaksa Stan Kroenke untuk menjual kesemua sahamnya, namun sekurang-kurangnya peminat dan penyokong cuba untuk menyedarkan beliau (jika gagal menghalau beliau) dari Emirates.

Berikut adalah KEMPEN #KROENKEOUT di laman sosial Twitter:





Post a Comment

Previous Post Next Post