Senarai Kelab Bolasepak Paling Bernilai di Dunia Tahun 2018

ARSENAL menduduki tangga keempat dalam senarai 10 pasukan sukan paling tinggi mencatatkan keuntungan pada tahun 2018 dan keenam secara keseluruhan bagi pasukan paling bernilai di dunia.



Bagi senarai 20 pasukan bolasepak paling bernilai di dunia, secara puratanya mereka telah mencatatkan nilai sebanyak $ 1.69 bilion (MYR 6.97 bilion), naik 14% berbanding tahun sebelumnya (2017) dan 74% sejak 2013.

Lonjakan nilai tersebut disokong oleh pertumbuhan pendapatan setiap kelab yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan senarai 20 pasukan teratas itu sendiri telah memperolehi pendapatan secara puratanya sebanyak $428 juta (MYR 1.77 bilion) pada musim 2016-2017, 40% lebih tinggi daripada lima tahun lalu.

Berdasarkan kepada senarai 20 kelab bolasepak paling bernilai di dunia yang dikeluarkan oleh laman ForbesManchester United menduduki tempat teratas dengan nilai $4.12 bilion, naik dari $ 3.69 bilion tahun lepas.

Dan pencapaian United itu juga merupakan kali kedua berturut-turut bagi senarai tahunan ke-15 Pasukan Bolasepak Paling Bernilai di Dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Manchester United menjana pendapatan paling banyak ($ 737 juta - MYR 3.04 bilion) pada musim 2016-2017 dan hampir 50% pendapatan operasi ($254 juta) daripada mana-mana pasukan bolasepak lain. 



Setiap pasukan dalam senarai yang dikeluarkan Forbes itu, naik nilai sekurang-kurangnya 9%, dengan hanya satu pasukan sahaj gagal mencatatkan kenaikan besar. 

AC Milan merupakan satu-satunya pasukan yang mencatatkan penurunan pendapatan dengan 24% berkurangan bagi nilai pendapatan sepanjang tahun lalu, kepada $612 juta

Berikut adalah senarai 20 Pasukan Sukan yang paling bernilai mengikut laporan Forbes.
Rank. Kelab Negara Nilai % Hutang %
perubahan
Revenue
($M)
1 Manchester United England 4,123 18 12 737
2 Real Madrid Sepanyol 4,088 2 14 735
3 Barcelona Sepanyol 4,064 1 12 706
4 Bayern Munich Jerman 3,063 0 13 640
5 Manchester City England 2,474 0 19 575
6 Arsenal England 2,238 12 16 531
7 Chelsea England 2,062 0 12 466
8 Liverpool England 1,944 5 30 462
9 Juventus Itali 1,472 6 17 442
10 Tottenham Hotspur  England       1,237      19 17 387
11 Paris Saint-Germain     Perancis 917 0 16 529
12 Borussia Dortmund Jerman 901 0 12 362
13 Atlético Madrid Sepanyol 848 3 16 297
14 West Ham United England 754 8 19 232
15 Schalke 04 Jerman 707 11 12 251
16 Roma Itali 618 44 9 191
17 A.C. Milan Itali 612 101 -24 213
18 Inter Milan Itali 606 58 13 285
19 Leicester City England 500 0 21 295
20 Napoli Itali 471 0 24 219



Bagi Senarai 10 Pasukan Sukan Paling Menguntungkan (menjana pendapatan tertinggi), Arsenal berada ditangga keempat dikalangan pasukan sukan yang dikeluarkan Forbes.

Dan kedudukan Arsenal itu jika dikira berdasarkan Sukan Bolasepak, ianya berada ditangga kedua dibelakang Manchester United, yang berada tangga kedua secara keseluruhan bagi senarai 10 pasukan yang paling mencatatkan keuntungan.

Rank Pasukan Pendapatan operasi
1 Dallas Cowboys $350 million
2 Manchester United $254 million
3 New England Patriots $247 million
4 Arsenal $178 million
5 Washington Redskins $145 million
6 Houston Texans $141 million
6 Tottenham Hotspur $141 million
8 New York Knicks $140 million
9 Los Angeles Lakers $136 million
10 Manchester City $133 million

Post a Comment

Previous Post Next Post