Pogba mahukan cabaran baru dan berminat kembali ke Itali daripada ke Sepanyol.


Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba lebih berminat kembali ke pangkuan Juventus berbanding perpindahan lumayan ke Real Madrid dalam usaha bintang antarabangsa Perancis itu mengintai peluang meninggalkan Old Trafford, musim panas ini.

Pogba menyuarakan keinginannya untuk mencari ‘cabaran baru’ sewaktu dia melakukan penampilan bersama jenama sukan, Adidas untuk tujuan komersial di Jepun, awal bulan ini, tetapi United tidak berniat untuk menjual pemain tengah itu.


Zinedine Zidane tidak berahsia tentang rasa kagumnya terhadap Pogba, tetapi Real Madrid perlu menjual pemain-pemainnya sebelum melancarkan bidaan bagi mendapatkan khidmat bintang United tersebut, selepas mereka berbelanja hampir 300 juta pound (RM1.57 bilion) pada musim panas ini untuk pembelian Eden Hazard dan Luka Jovic.

Pogba mula menghentikan permintaannya untuk berpindah ekoran ketidakpastian mengenai pembeli dan sikap teragak-agak Real itu turut membuka pintu kepada bekas kelabnya, Juventus.

The Old Lady dikaitkan dengan Pogba sejak dia meninggalkan kelab itu bagi menyertai United pada 2016 dan pemain tersebut berasakan dia lebih gembira jika kembali ke Turin.

Menurut laporan AS, Pogba kini lebih berminat untuk kembali ke Juventus berbanding berpindah ke Real. Juventus telah menandatangani Cristiano Ronaldo, musim panas lalu dan kini sedang mencuba mendapatkan tandatangan Matthijs de Ligt dari Ajax dalam tempoh dua minggu lagi.

Pogba dikatakan tertarik dengan perkembangan terkini di Turin dan berasakan kembali ke Juventus adalah cadangan yang ideal.

Bagaimanapun, ia memerlukan satu usaha luar biasa bagi meyakinkan United untuk menjual Pogba pada musim panas ini.

Dan dalam laporan terkini, kelab itu dikatakan sedia melepaskan Pogba pada nilai £135 juta dan turut dilaporkan bahawa pihak Juventus meminta pertolongan Adidas untuk menampung perbelanjaan membawa pemain itu kembali ke Turin.

Post a Comment

Previous Post Next Post