Barcelona mengalami kesukaran untuk membawa pulang Neymar.

KISAH perpindahan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar memasuki babak baru.

Tidak lagi berselindung apabila Barcelona dilaporkan berhasrat membawa pulang bekas pemain mereka, Neymar kembali bersama mereka musim depan.

Dan kedua-dua, Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona sudah pun memulakan rundingan pertama bagi membawa pulang semula Neymar ke Sepanyol.

Bagaimanapun, rundingan dan perbincangan mengenainya tidak berjalan seperti diharapkan Barcelona apabila dilaporkan  pihak Sepanyol itu menghadapi kesukaran untuk membawa pulang Neymar setelah PSG enggan mengalah.

Neymar sememangnya berhasrat untuk pulang ke Camp Nou dan dia sudah menyuarakan hasrat untuk 'pulang' kepada pemilik PSG.

Perkara itu membuatkan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi enggan bertolak ansur dan mencetuskan kemarahan dengan sikap pemain tersebut sambil menyatakan sikap seperti itu tidak sesuai di Parc des Princes.

“Mereka di sini bukan untuk bergembira. Sekiranya mereka tidak sukar, pintu terbuka - Ciao! Saya tidak mahu sikap diva seperti ini,” katanya kepada France Football.

Lantaran itu, Barcelona memulakan langkah awal untuk membawa semula bintang Brazil itu ke Catalunya dengan pemain itu bersedia untuk menerima potongan gaji.

Rundingan kedua-dua kelab tidak berjalan dengan lancar dengan PSG mahukan bayaran £200 juta namun Barcelona tidak mampu memenuhi permintaan tersebut tanpa menjual sebarang pemain dan berhasrat untuk mendapatkan Neymar pada harga yang lebih murah.

Post a Comment

Previous Post Next Post