Perpindahan Schubert ke Arsenal walaupun percuma namun perlu dibayar mengikut peraturan FIFA.

WALAUPUN dilabelkan sebagai 'percuma', namun Arsenal tetap akan dikenakan bayaran sekitar €560k jika urusan perpindahan ini berlaku.



Berikutan persaraan Petr Cech dan kemungkinan perpindahan David Ospina ke Napoli, Arsenal dikatakan sedang mencari seorang penjaga gol baharu walaupun masih mempunyai Emiliano Martinez.

Laporan beberapa hari yang lalu mencadangkan bahawa The Gunners semakin hampir untuk menandatangani penjaga gol Dynamo Dresden, Markus Schubert yang boleh didapati secara percuma kerana kontrak pemain itu bakal berakhir dipenghujung bulan ini bersama pasukan yang beraksi di Bundesliga 2.

Pemain berusia 21 tahun kini dijangka akan menandatangani kontrak bersama Arsenal secara percuma (perpindahan percuma), namun  kelab London itu masih perlu mengeluarkan sedikit belanja.

Ini adalah berdasarkan laporan yang dikemukakan Bild pada hari Jumaat lalu, menjelaskan Arsenal masih perlu membayar kepada Dynamo Dresden sebagai pampasan latihan.

Dan dakwaan itu adalah mengikut kepada Artikel VII Peraturan Perpindahan FIFA.

Seperti yang dinyatakan oleh akhbar Jerman, kelab yang telah melatih pemain di bawah umur 23 tahun mesti diberi pampasan bagi setiap musim yang dimainkan antara usia 12 dan 21 jika pemain itu berpindah ke luar negara.

Ini adalah 'tidak kira sama ada kontrak tamat atau tidak'.

Ia menyatakan amaun bergantung kepada kelab yang melepaskan dan menerima pemain tersebut, tetapi ianya boleh menjadi lebih tinggi apabila berhijrah ke England.

Dalam kes Schubert, Arsenal perlu mengeluarkan sekitar €70k untuk setiap tahun bagi penjaga gol itu beraksi di Dynamo Dresden, yang mungkin berjumlah sekitar € 560k.

Ini mesti dibayar dalam masa empat minggu selepas menandatangani kontrak.

Bild menjelaskan jumlah tersebut adalah berpadanan dengan hanya setengah nilai pasaran semasa, tetapi untuk  kelab yang beraksi di Bundesliga 2, sebagaimana yang mereka katakan, 'itu lebih baik daripada tiada apa-apa'.

20 Training compensation 
Training compensation shall be paid to a player’s training club(s): (1) when a player signs his first contract as a professional, and (2) each time a professional is transferred until the end of the season of his 23rd birthday. The obligation to pay training compensation arises whether the transfer takes place during or at the end of the player’s contract. The provisions concerning training compensation are set out in Annexe 4 of these regulations. The principles of training compensation shall not apply to women’s football.

Rujukan : FIFA

Post a Comment

Previous Post Next Post