Setiausaha Pendidikan Britain puji usaha Arsenal yang menjalankan program Double Club.


BAHASA adalah kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan seharian.



Sebagai sebuah pasukan bolasepak yang terkenal di dunia dan mempunyai barisan pemain daripada pelbagai negara, sudah tentu Arsenal juga mempunyai kepelbagaian bahasa dalam urusan komunikasi di dalam pasukan.

Dan ianya amat penting untuk memiliki 'bahasa' utama dalam urusan komunikasi seharian dan Arsenal sebagaimana yang kita ketahui telah mengadakan kelas bahasa terhadap pemain-pemain luar negara untuk memudahkan mereka bekerja seharian selain merapatkan hubungan dikalangan pemain.

Menyedari mengenai permasalah itu, Arsenal melalui Double Club telah mengambil inisiatif menarik untuk mengatasi masalah komunikasi ini.

Diilhamkan musim Kejuraan Berganda pada tahun 1998, Arsenal Double Club adalah program pendidikan inovatif yang menggabungkan bolasepak dan pembelajaran. 


Maka tidak mengejutkan dimana Setiausaha Pendidikan Britain, Damian Hinds begitu terkesan dengan program pendidikan Arsenal ketika beliau mengunjungi program tersebut beberapa minggu lalu.

Dilancarkan pada tahun 2006, Double Club menggunakan bilik kelas bertemakan Arsenal, termasuk video yang melibatkan pemain luar negara mereka dan kemuncak dengan murid-murid mendapat lawatan berpandu (guided tours) ke Stadium Emirates.



Hinds menyertai murid-murid dari Sheffield Park Academy di stadium Emirates untuk melihat manfaat program tersebut dan bertemu dengan Dan Lane, jurubahasa untuk Ketua Jurulatih Arsenal, Unai Emery.

"Menjadi jurubahasa di salah satu kelab bolasepak terbesar di dunia menjadi pekerjaan impian untuk kebanyakkan orang, tetapi bagi mereka seperti saya yang tidak bercakap bahasa lain dengan baik, ia tidak dapat dicapai," kata Hinds.

Menteri itu menambah, walaupun banyak usaha dilakukan bagi menggalakkan golongan muda untuk mempelajari bahasa lain sedang dibuat oleh kerajaan, namun lebih banyak lagi yang dapat dilakukan dan beliau memberi penghargaan di atas usaha yang dijalankan oleh Arsenal.

"Double Club adalah inisiatif hebat yang benar-benar membawa keseronokkan dalam kehidupan bagaimana proses pembelajaran bahasa dapat dipelajari serta memanfaatkan kepelbagaian dan populariti bolasepak," kata Hinds.

Post a Comment

Previous Post Next Post