AC MILAN semakin hampir untuk menandatangani pemain pertahanan kiri Real Madrid, Theo Hernandez.



Pemain tersebut lulus pemeriksaan kesihatan di AC Milan dan bersedia untuk menyertai kelab Itali itu dengan nilai perpindahan bernilai £17 juta dari Real Madrid.
Pertahanan Sepanyol itu menyertai Real dari seteru utamanya, Atletico Madrid dua tahun lalu dengan nilai £26 juta bagaimanapun gagal menonjolkan diri memandangkan menerima saingan hebat daripada Marcelo di posisi pertahanan kiri.

Dia hanya beraksi lima perlawanan bersama Real pada musim pertamanya bersama Real sebelum dipinjamkan kepada Real Sociedad pada musim lalu.

Hernandez akan menyertai pasukan Serie A itu secara tetap dengan kontrak selama lima tahun.

Sebelum ini terdapat laporan dimana pemain tersebut akan menyertai Milan secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli pemain itu pada nilai €20 juta (£ 18 juta).


Post a Comment

Previous Post Next Post