Rafa Benitez ke Liga China sertai Dalian Yifang.

BEKAS pengurus Newcastle United, Rafa Benitez sah sertai Liga Super China.



Benitez sah dilantik sebagai pengurus baharu kelab Liga Super China, Dalian Yifang selepas meninggalkan Newcastle bulan lalu.

Beliau tidak mengambil masa lama untuk mengumumkan kelab baharu yang disertai beliau setelah meninggalkan Liga Perdana Inggeris bulan lalu.

Kontrak beliau bersama Newcastle tamat pada penghujung Jun dan semalam beliau melalui laman rasmi Twitter miliknya mendedahkan pengumuman tersebut.
Benitez meninggalkan Newcastle pada minggu lalu selepas gagal mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak lanjutan.

Tindakan jurulatih dari Sepanyol itu untuk tidak memperbaharui kontrak bersama kelab Inggeris dikatakan berpunca dengan pemilik kelab, Mike Ashley dan lembaga pengarah Newcastle yang tidak berkongsi visi dengannya.

Bekas jurulatih Liverpool itu menyertai kelab dari China itu dengan menerima gaji bernilai sebanyak £12 juta (RM62 juta) setahun.

Walaupun gembira dengan keputusan untuk menyertai Dalian Yifang, namun beliau sebelum ini pernah meluahkan:

“Saya mahu kekal namun saya tidak mahu menandatangani kontrak lanjutan semata-mata kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada projek kelab.

“Malangnya jelas saya dan pengurusan atasan kelab tidak berkongsi visi yang sama.

“Saya amat sedih namun saya tidak menyesal sebaik sebaik sahaja membuat keputusan ini dan saya berbangga dengan apa yang kami telah capai bersama,” katanya.


Pun begitu, beliau sempat mengucap terima kasih kepada penyokong Newcastle di atas segala sokongan yang diberikan selama beliau bersama mereka.


Post a Comment

Previous Post Next Post