Pengganti Bellerin, Arsenal sasarkan pemain muda Jerman.

ARSENAL dilaporkan berminat dengan pemain Jerman dan Bild mendedahkan pelan perpindahan yang kemungkinan terjadi.


Khabar angin mengenai masa depan Lukas Klostermann boleh diibaratkan berada dalam segitiga perpindahan menurut laporkan Bild pada petang semalam.


Pertahanan RB Leipzig itu berjaya menarik perhatian Atletico Madrid, yang mana mereka telah memantau perkembangan pemain itu secara dekat ketika kejohanan Kejuaraan U21 UEFA.

Atletico dilaporkan mencari seorang pertahanan baru dan kagum dengan kebolehan pemain berusia 23 tahun itu, bukan sahaja kerana kemampuan beliau untuk beraksi sebagai full back malahan Klostermann juga mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol.

Pun begitu, pemain tersebut bukanlah satu-satunya pemain yang menjadi sasaran Atletico, Bild juga melaporkan dimana mereka juga berminat dengan pertahanan Arsenal yang kini sedang pulih dari kecederaan, Hector Bellerin.
Dan jika Bellerin berpindah ke Madrid, maka Arsenal melihat Klostermann sebagai penggantinya.

Terdapat juga laporan dari beberapa media Eropah terutamanya dari Sepanyol mendedahkan dimana Atletico dan Arsenal telah menyaksikan pemain tersebut pada kejohanan eropah yang sedang berlangsung ketika ini.
Bagi penulis, untuk menyaksikan Bellerin keluar meninggalkan Emirates musim ini merupakan sesuatu yang mustahil, memandangkan aksi beliau musim lalu masih belum dinilaikan sepenuhnya oleh Emery.

Tambahan pula terdapar rumors mengatakan bahawa Bellerin bakal dilantik menjadi salah seorang kapten The Gunners musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post