Analisis kewangan Arsenal bagi tahun 2018


TAHUN 2018 menyaksikan pengurus yang kini boleh dikatakan antara pengurus lagenda kelab, Arsene Wenger melepaskan jawatan beliau selepas berakhirnya musim 2017/18.



Namun sayangnya, musim terakhir Wenger bersama Arsenal berakhir dengan kisah duka dan sedih dimana selain menamatkan saingan liga ditangga ke-6, pasukan yang dibimbingnya melebihi 20 tahun itu juga turut menamatkan musim tersebut tanpa sebarang trofi kejuaraan.

Musim itu juga menyaksikan Arsenal buat kali pertama gagal beraksi dalam saingan tertinggi kelab bolasepak eropah, Liga Juara-Juara (UCL) semenjak Wenger mengambil alih The Gunners pada tahun 1996.


Dan sudah tentu banyak perubahan berlaku setelah ketiadaan Wenger serta harapan menggunung peminat dan penyokong terhadap pengendali baharu, Unai Emery dipertaruhkan untuk melihat pembaikan dan kemajuan kelab dilakukan beliau.

Kehadiran Unai Emery dijangka mampu menyelamatkan Arsenal.
Pun begitu, semuanya bergantung kepada faktor kewangan kelab dalam memberikan ataupun melakukan pembaharuan serta nafas baru kepada Arsenal.

Kegagalan Arsenal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara jelas memberi kesan kepada sumber kewangan kelab kerana selain daripada hadiah yang diraih daripada hasil kemenangan setiap perlawanan ataupun setiap perlawanan yang diharungi, nilai (pendapatan) daripada hak penyiaran juga turut terjejas.

REKOD ARSENAL DALAM SAINGAN EROPAH
MUSIM SAINGAN P M S K J B +/- CATATAN
1991–92 European Cup 4 1 1 2 8 6 +2 R2
1993–94 European Cup Winners' Cup 9 6 3 0 17 3 +14 W
1994 European Super Cup 2 0 1 1 0 2 −2 RU
1994–95 UEFA Cup Winners' Cup 9 5 2 2 18 12 +6 RU
1996–97 UEFA Cup 2 0 0 2 2 4 −2 R1
1997–98 UEFA Cup 2 0 1 1 1 2 −1 R1
1998–99 UEFA Champions League 6 2 2 2 8 8 0 Grp
1999–2000 UEFA Champions League 6 2 2 2 9 9 0 Grp
1999–2000 UEFA Cup 9 6 2 1 21 9 +12 RU
2000–01 UEFA Champions League 14 7 3 4 19 18 +1 QF
2001–02 UEFA Champions League 12 5 1 6 17 17 0 GS2
2002–03 UEFA Champions League 12 4 5 3 15 9 +6 GS2
2003–04 UEFA Champions League 10 5 2 3 16 11 +5 QF
2004–05 UEFA Champions League 8 3 4 1 13 9 +4 R16
2005–06 UEFA Champions League 13 8 4 1 15 4 +11 RU
2006–07 UEFA Champions League 10 5 3 2 13 6 +7 R16
2007–08 UEFA Champions League 12 7 3 2 24 9 +15 QF
2008–09 UEFA Champions League 14 7 3 4 23 11 +12 SF
2009–10 UEFA Champions League 12 7 2 3 26 14 +12 QF
2010–11 UEFA Champions League 8 5 0 3 21 11 +10 R16
2011–12 UEFA Champions League 10 6 2 2 13 11 +2 R16
2012–13 UEFA Champions League 8 4 1 3 13 11 +2 R16
2013–14 UEFA Champions League 10 6 1 3 14 7 +7 R16
2014–15 UEFA Champions League 10 6 2 2 19 11 +8 R16
2015–16 UEFA Champions League 8 3 0 5 13 15 -2 R16
2016–17 UEFA Champions League 8 4 2 2 20 16 +4 R16
2017–18 UEFA Europa League 14 8 3 3 31 13 +18 SF
2018–19 UEFA Europa League 15 11 1 3 30 13 +17 RU
2019–20 UEFA Europa League
P = Perlawanan;   M = Menang; S = Seri; K = Kalah;  J = Jaringan; B = Bolos; Grp = Group stage; GS2 = Second group stage; R1 = First round; R2 = Second round; R3 = Third round; R4 = Fourth round; R16 = Round of 16; QF = Quarter-final; SF = Semi-final; W = Winners ; RU Runners-up



Jelas sekali musim pertama Arsenal tanpa aksi di Liga Juara-Juara sejak tahun 1998, mula memberi kesan terhadap kewangan kelab.

Arsenal sebenarnya membuat keuntungan besar dengan mencatatkan £56.6 juta, naik 60% pada tahun lepas (2018) berbanding tahun sebelumnya (2017).

KEUNTUNGAN


Namun jika diteliti rekod kewangan keseluruhannya, ianya menceritakan kisah berbeza dengan keuntungan yang dijana Arsenal adalah hasil daripada penjualan pemain dan juga melalui penjualan aset (hartanah).

PENDAPATAN

Pendapatan yang diraih Arsenal menyaksikan penurunan pada tahun lepas disebabkan kegagalan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara yang menyebabkan pendapatan kelab berkurangan sebanyak 5%, dimana pendapatan sebanyak  £427.1 juta pada tahun 2017 menurun kepada £406.4 juta pada 2018.



Hasil pendapatan yang dijana daripada hari perlawanan juga menurun dari £100 juta ke £98.9 juta, penurunan sebanyak 1% kerana harga tiket untuk perlawanan Liga Europa lebih rendah (murah) berbanding harga tiket perlawanan bagi saingan Liga Juara-Juara.

Penurunan itu juga turut disumbangkan kekurangan aksi dalam saingan Piala FA.

Selain itu, hasil penyiaran juga menurun, jatuh dari £198.6 juta ke £180.1 juta, penurunan sebanyak 9%.

Ini kerana nilai berbeza diterima (berbanding) jika beraksi didalam saingan Liga Juara-juara (lebih tinggi), walaupun Arsenal layak beraksi hingga ke separuh akhir Liga Europa.

Arsenal menerima bayaran (pendapatan) lebih tinggi dalam saingan Liga Juara-Juara walaupun sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 (pada sebelum itu, 2017 - musim 2016/17).

Dan Arsenal juga kehilangan kira-kira £1.9 juta setelah menamatkan saingan di tangga ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris berbanding tangga ke-5 musim sebelumnya.

Perolehan dari hasil komersial juga menunjukkan prestasi amat mengecewakan dan tidak dijangka.

Hasil komersial jatuh dari £117.2 juta kepada £106.9 juta, penurunan sebanyak 9% kerana peminat dan penyokong kurang berbelanja untuk barangan ataupun produk Arsenal.

Dan hal ini mungkin kerana perasaan marah dan kecewa pada musim terakhir Wenger bersama Arsenal dan membuatkan jenama global kelab turut terjejas serta jatuh, menyebabkan peluang penajaan yang semakin berkurangan.

Pun begitu, secara keseluruhan, pendapatan 'lain' meningkat dengan ketara, peningkatan sebanyak 114% dari £8.1 juta kepada £17.3 juta
Selain bolasepak, Arsenal juga mengendalikan perniagaan hartanah dan mereka telah melakukannya dengan baik. 

Daripada £17.3 juta yang dihasilkan daripada sektor komersial, £15 juta merupakan pendapatan yang diraih berkaitan dengan penjualan aset berhampiran Stesen Holloway Road dan selebihnya adalah pendapatan yang dijana hasil daripada penjualan pemain.


Boleh dikatakan Arsenal bakal mencatatkan jumlah pendapatan yang sama (sekurang-kurangnya) bagi akaun kewangan 2019, namun kemungkinan juga akan merekodkan sedikit penurunan setelah kelab membersihkan portfolio hartanahnya.

Dan sudah tentu Emery juga terkesan dengan situasi kewangan kelab dalam berbelanja pada jendela perpindahan serta mempunyai tanggungjawab berat dalam mengembalikan Arsenal kembali bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kemenangan dalam saingan Europa dengan muncul Juara pasti memberikan BONUS kepada pengendali Arsenal itu dalam menentukan belanja bagi pembelian pemain baharu.

*Rekod kewangan 2019 Arsenal bakal diumumkan pada Mei 2020.

Post a Comment

Previous Post Next Post