Penjelasan mengapa William Saliba dihantar kembali ke St Etienne dengan status pinjaman.

ARSENAL telah mengumumkan bahawa kelab telah menandatangani pemain pertahanan St. Etienne, William Saliba. 



Ketua Perhubungan Bolasepak Arsenal (director of football relations), Raul Sanllehi yang kini menggalas tugas selaku Ketua Bolasepak (head of football) selepas keberangkatan Ivan Gazidis yang menyertai AC Milan, menjelaskan mengapa The Gunners menghantar William Saliba kembali ke St. Etienne dengan status pinjaman.

Sanlehhi kini mengambil alih tugas bekas CEO Arsenal, Ivan Gazidis dalam menguruskan perjalanan The Gunners.
26 Julai lalu, Arsenal telah mengumumkan bahawa kelab telah berjaya menandatangani William Saliba daripada kelab Perancis, St. Etienne.
Walau bagaimanapun, kita semua tidak akan dapat melihat aksi Saliba bersama skuad Arsenal dalam saingan musim depan memandangkan pemain tersebut telah dipinjamkan kembali ke St. Etienne untuk tempoh semusim.

BACA laporan mengenai Saliba disini (klik).

Dan Raul Sanllehi mendedahkan punca dan alasan mengapa mereka menghantar pemain pertahanan muda berusia 18 tahun itu kembali ke kelab lamanya secara pinjaman.

"Saliba berbeza, sebahagian daripada perjanjian itu untuk dia dipinjamkan selama setahun dengan kelabnya," kata Sanllehi (via Metro).

"Kami gembira untuk perkara itu (meminjamkan kembali) kerana tahap keamatan dan tahap permintaan dalam Liga Perdana sangat tinggi.

"Dia mungkin terlalu muda untuk itu, seperti yang saya katakan, kita perlu melindungi bakat muda kita. 

"Kami fikir ia akan menjadi baik untuk dia berada dalam liga yang kurang mencabar untuk meneruskan tempoh pembentukannya, jadi kami akan mempunyai pemain pertahanan terbaik selama satu dekad.

"Dia melihat jalan kerjayanya, penyelesaian yang sempurna untuknya."

Rujukan: Arsenal, Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post