Peraturan Kawalan Kos Jangka Pendek (STCC) Liga Perdana Inggeris.

UMUMNYA kita mengetahui dimana pihak Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah memperkenalkan Financial Fair Play (FFP) pada 2010 dan ianya telah dikuat kuasakan pada musim 2011–12



Dan Liga Perdana Inggeris (EPL) juga tidak terkecuali daripada melaksanakan peraturan ini, serta mereka juga telah mengemaskini peraturan FFP untuk di gunapakai dalam liga mereka dengan memperkenalkan Kawalan Kos Jangka Pendek (Short Term Cost ControlSTCC).

*Kiranya, STCC ini adalah peraturan tambahan FFP dalam saingan EPL.

Keputusan untuk pihak EPL menguatkuasakan peraturan Kawalan Kos Jangka Pendek itu telah pun dipersetujui oleh kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana INggeris yang mana ianya merupakan peraturan terkini yang telah berkuat kuasa pada musim 2016/17 dan dikenakan untuk tempoh tiga tahun bagi perjanjian TV seterusnya (kontrak hak penyiaran TV).

*Kontrak hak tiga tahun penyiaran TV untuk Liga Perdana Inggeris bagi musim 2016/17-2018/19 telah berakhir.

Apa itu Kawalan Kos Jangka Pendek - STCC ?

Peraturan STCC pertama kali diperkenalkan pada tiga tahun yang lalu dan diwujudkan bagi membantu memastikan kelangsungan kelab-kelab yang bertanding dengan memastikan bahawa mereka tidak membelanjakan bayaran yang diterima daripada penajaan TV untuk kenaikan gaji pemain sangat tinggi (melampau).

Kelab-kelab EPL hanya dapat meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak £7 juta setiap musim dari musim 2016/17 hingga 2018/19 (peningkatan daripada £4 juta satu musim untuk perjanjian TV semasa). 

Jumlah peningkatan pendapatan yang dijana EPL hasil penyiaran secara langsung (TV).

Bagaimanapun kelab boleh meningkatkan perbelanjaan mereka melebihi had yang dibenarkan (£7 juta) jika mereka mampu menjana (peningkatan) pendapatan hasil daripada pendapatan komersial, penjualan pemain dan pendapatan Hari Perlawanan (Match Day).

Peraturan ini sedikit rumit namun gambarajah dibawah mampu menjelaskan bagaimana peraturan ini dilaksanakan dan ianya telah bermula pada musim 2016/17 .
Bermula musim 2016/17 jika  pendapatan melebihi 67 juta maka STCC haruslah dipatuhi.

*pendapatan sendiri kelab adalah merujuk kepada  pendapatan komersial, penjualan pemain dan pendapatan hari perlawanan serta hadiah yang diterima daripada UEFA. Ianya adalah tidak termasuk hasil pendapatan daripada hak penyiaran.




Pengagihan pendapatan dikongsi kepada kelab mengikut cara berikut - Pendapatan penyiaran UK:
  • 50 peratus dikongsi sama;
  • 25 peratus dikongsi berdasarkan kekerapan perlawanan kelab disiarkan di UK (dikenali sebagai "Bayaran Kemudahan");
  • 25 peratus dikongsi berdasarkan di mana kelab selesai dalam jadual liga (dikenali sebagai "Merit Pembayaran")
  • Pendapatan Pusat Komersial: Sama rata dikongsi oleh kelab
  • Pendapatan penyiaran antarabangsa: Sama rata dikongsi oleh kelab

Pengagihan pendapatan bagi sumber penyiaran untuk Top 5 Liga Eropah.
Dan hak penyiaran Liga Perdana Inggeris bakal memasuki perjanjian baru dimana ianya bermula musim depan, 2019/20 sehingga 2021/22 (tiga tahun).

Itu sedikit sebanyak maklumat buat kita semua memahami apa itu Kawalan Kos Jangka Pendek yang diperkenalkan oleh EPL terhadap kelab-kelab yang bersaing dalam Liga Perdana.

Dan ini juga adalah pemyumbang kepada salah satu faktor yang memberi impak kepada kelab dalam melakukan pembelian dan pemberian kontrak baru kepada pemain.

Video dibawah juga menerangkan mengenai STCC.


Post a Comment

Previous Post Next Post