Arsenal bersetuju dengan bayaran perpindahan untuk pertahanan Saint-Étienne,William Saliba

LANGKAH penjimatan dalam berbelanja Unai Emery dan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.

Arsenal dilaporkan bersetuju dengan bayaran €30 juta (£26 juta) dengan Saint-Étienne untuk pemain pertahanan, William Saliba.

Selepas berminggu-minggu rundingan dijalankan sebagaimana dilaporkan sebelum ini, akhirnya kedua-dua kelab telah menemui jalan penyelesaian berhubung masa depan pemain muda berusia 18 tahun itu.

Saint-Étienne dapat apa yang dihajatinya untuk melepaskan pemain itu apabila keputusan rundingan dikatakan Arsenal sedia membenarkan Saliba kembali ke kelab Perancis itu untuk tempoh pinjaman selama setahun (semusim).

Manakala Arsenal pula mampu berjimat dengan dana perpindahan kali ini, dalam berbelanja apabila dikatakan dapat membuat bayaran secara ansuran bagi mendapatkan pemain itu.

Menurut ciapan Editor Ketua Bola Sepak RMC Sport, Mohamed Bouhafsi, Arsenal dan Saint-Étienne telah mencapai persetujuan sekitar €30 juta untuk pemain pertahanan tengah muda itu.
William Saliba juga dikatakan telah bersetuju dengan tawaran untuk menyertai The Gunners, namun mahu membina dirinya terlebih dahulu di Perancis untuk musim depan supaya dia dapat meneruskan pembangunannya dengan bermain bersama pasukan utama sebelum ke London.

Dakwaan RMC bahawa butiran akhir masih dibincangkan dengan pengesahan dijangka dapat diputuskan tidak lama lagi.

Apapun, Arsenal dilihat sebagai pemenang dalam rundingan perpindahan ini dan jika semua berjalan lancar, The Gunners telah berjaya mendapatkan seorang pemain yang berbakat besar, pemain pertahanan yang mampu mencipta nama di masa akan datang.

Pun begitu, peminat dan penyokong terlebih dahulu perlu menunggu sehingga musim 2019-20 berakhir untuk melihat  William Saliba beraksi dengan jersi merah dan putih.

#COYG #WeAreTheArsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post