Gosip bolasepak Arsenal: Malcom, Wilfried Zaha,Calum Chambers, Carl Jenkinson, Ozil, Mohamed Elneny dan Laurent Koscielny.

JENDELA perpindahan antarabangsa bagi Liga Perdana Inggeris akan ditutup pada 8 Ogos 2019.


Dan setakat ini, The Gunners dilaporkan telah melengkapkan seorang pemain baharu namun dipinjamkan kembali kepada kelab asalnya.

Mengikuti perkembangan terkini gosip perpindahan melibatkan Arsenal, berikut adalah ringkasan berserta sumber yang dirujuk.

Arsenal mahu menandatangani pemain sayap Barcelona, ​​Malcom, 22 tahun dengan Everton telah pun membuat tawaran berjumlah £31.5juta untuk menandatangani pemain kelahiran Brazil itu. 

(Sumber : The Sun)

Everton telah membida pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal, Malcom.
Demi mendapatkan Wilfried Zaha, Arsenal sedia meletakkan ataupun menambah pemain pertahanan Calum Chambers, Carl Jenkinson atau pemain tengah, Mohamed Elneny dalam sebarang perjanjian berpotensi untuk melengkapkan perpindahan pemain sayap Crystal Palace.

The Gunners sebelum ini telah membuat tawaran berjumlah £40 juta namun ditolak Palace. 



Dan usaha Arsenal untuk mengurangkan belajawan bulanan dengan memberi pelepasan kepada Ozil untuk berpindah menemui kegagalan setelah Fenerbahce tidak berhasrat untuk mendapatkan pemain Jerman itu.

Selain itu, Arsenal dilaporkan masih berhajat untuk mendapatkan pertahanan Celtic, Kieran Tierney walaupun sudah mendapatkan William Saliba dari St Etienne dengan nilai perpindahan sekitar £26 juta.

Kieran Tierney, 22 tahun.
Pertahanan Celtic itu menjadi buruan kerana kemampuannya yang boleh beraksi pada mana-mana posisi dibahagian pertahanan, kiri, kanan dan juga tengah.

The Gunners juga kemungkinan bakal kehilangan kapten pasukan, Laurent Koscielny dengan masa depan pemain tersebut kini menjadi persoalan selepas menerima tawaran besar dari Perancis.
Bordeaux dipercayai telah menawarkan tawaran selama tiga tahun, sementara Koscielny hanya mempunyai baki kontrak selama 12 bulan lagi di Arsenal dan pertahanan tengah The Gunners itu mahukan jaminan untuk jangka panjang.
(Sumber: Mirror)

Post a Comment

Previous Post Next Post