Arsenal dilaporkan berhasrat meminjamkan Eddie Nketiah ke Bristol City.

EDDIE NKETIAH, musim lalu telah berjaya lima penampilan Liga Perdana dengan satu gol berjaya dijaringkan beliau.



Dan secara keseluruhnya musim lalu beliau telah membuat 20 penampilan dengan 11 gol dan empat bantuan gol dicipta beliau dalam kesemua kejohanan.

Dengan harapan tinggi diletakkan terhadap pemain muda The Gunners ini untuk menyinar musim depan, agak mengejutkan apabila laporan mengatakan bahawa Arsenal sedia untuk meminjamkan pemain berusia 20 tahun itu kepada Bristol City.

Walaupun laporan tersebut dikeluarkan oleh The Sun, yang sememangnya sukar dan tidak boleh dipercayai, namun mereka mempunyai asas yang boleh diterima pakai kali ini.

Alasan yang diberikan mereka adalah mereka percaya bahawa Nketiah akan menjadi lebih baik  dengan bermain secara kerap untuk pasukan yang bersaing dalam saingan Championship daripada duduk memanaskan bangku simpanan.

Ini kerana Arsenal turut memiliki pemain penyerang yang jauh lebih mantap daripada pemain itu, iaitu Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Daripada memanaskan bangku simpanan, lebih baik memberikan beliau lebih kerap beraksi.

Dan peluang itu sememangnya lebih logik apabila Nketiah beraksi bersama kelab Bristol City berbanding Arsenal.


Bristol City kini mengetuai perlumbaan untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut, walaupun terdapat minat dari kelab Liga Perdana Inggeris yang lain.

Sebelum ini (awal bulan ini), Nketiah memberitahu media bahawa dia mahu melihat perancangan Emery terhadap diri sambil mengakui bahawa dirinya sudah bersedia untuk beraksi bersama skuad utama Arsenal.
Walaupun menyertai pasukan Bristol City secara pinjaman dan langkah tersebut mungkin dilihat kebelakang namun setidak-tidaknya beliau mampu memecah pasukan utama Arsenal musim berikutnya, 2020/21 dengan cara betul.

Nketiah baru saja menerima nombor dalam skuad utama Arsenal (nombor 30) dan beliau juga menyertai pasukan dalam siri jelajah Amerika Syarikat.

Jelas masa depan pemain muda The Gunners ini bergantung kepada prestasi beliau dalam aksi pra musim dimana empat perlawanan persahabatan telah diaturkan.

Seandainya prestasi beliau gagal memikat Emery, sudah tentu beliau kemungkinan besar akan dipinjamkan.

Ini kerana sukar untuk beliau menyelesaikan urusan pinjaman sebelum siri jelajah Amerika Syarikat berakhir dan pasti Unai Emery sudah menilai pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post