Unai Emery minta pihak pengurusan Arsenal lakukan tawaran terhadap Dani Alves.

MENJADI peminat dan penyokong Arsenal bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya apabila menghadapi jendela perpindahan pemain.



Jika dahulu kita semua (pada era Wenger) terpaksa menantikan saat-saat terakhir dan terpaksa meng'Google' nama pemain yang dibawa masuk, namun pada musim lalu dimana Unai Emery mula mengambil alih tugas tersebut, ianya berjalan lancar dan tidak perlu menantikan saat terakhir jendela ditutup untuk mengetahui pemain baharu.

Dan juga, perpindahan pemain ke Arsenal sebelum ini juga lebih senang dan kuat dikaitkan dengan seseorang pemain itu yang pernah ataupun beraksi di Liga Perancis, juga dari keturunan sama (warganegara) dengan Arsene Wenger.

Pun begitu, memasuki musim kedua Emery bersama Arsenal, ianya bagaikan berulang kembali 'tabiat' membeli Arsenal.

Mungkin disebabkan faktor kegagalan beraksi di saingan Liga Juara-Juara menyebabkan urusan perpindahan kembali asal seperti dahulu, sukar dan terpaksa menantikan bilakah, siapakah pemain baru yang akan dibawa masuk kali ini.

Malah ianya boleh dikatakan sama sebagaimana Arsenal dahulu apabila media sukan Sepanyol menyifatkan Arsenal baharu adalah 'Unai Emery Arsenal', walaupun sebelum ini ianya dikenali dengan, 'Arsene Wenger Arsenal'.



Disebabkan itu, kebanyakan tuntutan perpindahan dipetik menggunakan ataupun memetik nama 'Unai Emery' yang mempunyai kaitan dengan Sepanyol.

Apabila Arsenal berulang kali dikaitkan dengan Lucas Vazquez di Sepanyol, ia dibuat dengan jelas bahawa minat itu datang dari Emery, dan ianya juga boleh dikatakan sama apabila bercakap mengenai beberapa laporan mengaitkan Dani Ceballos ke Emirates.

Kini perkara yang sama turut berlaku dengan Dani Alves dimana Emery sekali lagi disebut dengan pemain Brazil itu yang pernah beraksi 15 tahun di Liga Sepanyol.

Menurut laporan AS, mereka telah mengulas mengenai beberapa kelab yang berminat terhadap pemain itu dan turut melaporkan bahawa Emery telah meminta pihak pengurusan Arsenal untuk melakukan tawaran kepada pemain itu.

Hace unos días se conoció el interés del Manchester City de Guardiola. Alves podría volver a trabajar a las órdenes del técnico español. Pero no es la única, ya que el Tottenham se ha puesto en contacto con el entorno del jugador. Por último, existe también interés del Arsenal de Unai Emery. El técnico vasco ha pedido a la directiva de su club que mande una oferta al futbolista.
-- AS

Alves adalah ejen bebas ketika ini, namun pada usia 36 tahun, soal gaji dan tempoh kontrak pasti menjadi pertimbangan utama pemain tersebut.

Dan berdasarkan faktor umur itu juga, penulis merasakan adalah terbaik untuk Arsenal (jika benar-benar mahukan beliau), menawarkan tempoh setahun didalam kontrak beliau, cuma tinggal soal gaji yang perlu dirundingkan diantara kedua-dua pihak.

Sebelum bergelar ejen bebas, Alves telah memberi respons untuk meninggalkan PSG dengan cara yang terbaik. 



Membantu Brazil untuk memenangi Copa America dan beliau kemudiannya dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post