NACHO MONREAL telah menggesa Laurent Koscielny untuk menamatkan mogok terhadap Arsenal dan memimpin The Gunners ke musim baru.
Kapten Arsenal, Laurent Koscielny bukan sahaja mengejutkan rakan sepasukan dan peminat The Gunners, malahan tindakan beliau itu turut mengejutkan pihak pengurusan setelah enggan mengambil bahagian dalam persiapan pra musim yang dijadual selama dua minggu di Amerika Syarikat.
![]() |
Nacho Monreal menegaskan pemain Arsenal masih menghormati ketua pasukan yang memberontak, Laurent Koscielny dan sedia menerimanya kembali. |
Ketika ini, pertahanan Perancis itu telah diperintahkan untuk berlatih dengan skuad muda Arsenal (U23) di London Colney manakala pihak pengurusan juga dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap pemain itu.
![]() |
Laurent Koscielny terpaksa berlatih bersama skuad remaja Arsenal selepas tidak mahu mengikuti rombongan ke Amerika Syarikat. |
Can this sporting day get any better? First the cricket, then the tennis and now a Nacho Monreal interview from Arsenal's US tour... talking Koscielny, transfers, his own future https://t.co/tSrBHWSxpx— John Cross (@johncrossmirror) July 14, 2019
Namun Monreal percaya rakan pertahanannya itu akan berubah hati dan memetik kata-kata beliau yang disiarkan di Mirror :
"Kami menghormati Laurent. Dia telah bermain untuk Arsenal untuk masa yang lama dan dia adalah kapten kami.
"Apa yang saya ingin lihat ialah mereka membetulkan masalah di antara mereka. Dan saya fikir mereka akan melakukannya.
"Bolehkah dia terus meneruskannya (bermain) di Arsenal? Ya, mengapa tidak?"
Seperti Koscielny, Monreal, 33, juga mempunyai satu tahun lagi dalam perjanjiannya (kontrak) dan telah dikaitkan dengan kepulangan ke Sepanyol.
![]() |
Koscielny dan Monreal telah bergandingan bersama-sama di Arsenal semenjak Januari 2013. |
Pun begitu, walaupun minat ditunjukkan dari Real Sociedad, dia menegaskan:
"Saya milik Arsenal. Saya mempunyai kontrak dan rancangan saya adalah untuk kekal disini.
" Ia adalah kelab yang hebat dan saya selesa bermain untuk Arsenal.
" Rancangan saya adalah untuk terus bermain bersama disini.
"Saya tidak bimbang.
"Saya percaya dengan kelab ini.
"Saya milik Arsenal. Saya mempunyai kontrak dan rancangan saya adalah untuk kekal disini.
" Ia adalah kelab yang hebat dan saya selesa bermain untuk Arsenal.
" Rancangan saya adalah untuk terus bermain bersama disini.
"Saya tidak bimbang.
"Saya percaya dengan kelab ini.
"Petr Cech memutuskan untuk bersara dan kami telah kehilangan Aaron Ramsey, Stephan Lichtsteiner dan Danny Welbeck.